Friday, March 25

sebahagian catatan hari ini.. JUMAAT

tiket bos

selasa ni bos nak ke site office lagi. ada miting. sejak dorang pindah ke site, hampir setiap minggu bos ke sana untuk miting. yang tinggal kat opis kl bes kan... bos tak de.

pagi tadi book tiket. pergi bos dapat ekonomi, balik business. bos tentu tak gembira dapat seat ekonomi. puasku pujuk travel agen suruh dapatkan seat business. setakat ni masih hampa lantas ku guna jalan pintas. call majit dari sterling untuk mendapatkan tempat business. dia ada cara untuk mendapatkannya. harap2 usahanya berhasil. aku tidak mahu dipersalahkan dikemudian hari kerana tidak cukup berusaha.

isnin, kalau jasmin (travel agen) nak marah aku sbb guna jalan pintas pun dah tak kisah sebagaimana dia angin kat aku sebelum ni.

sedikit catatan menuku hari ini

pagi, x bfast. sekadar meneguk teh tarik bpren di restoran haslam. perutku tak sehat sejak awal pagi tadi.

lunch, makan lewat. makan nasi ayam hainan. salah satu makanan kegemaranku. nasib baik diistiharkan halal oleh jais. kalau tidak parah aku.. dah berpinggan2 aku makan makanannya.

petang, sebelum pulang kerja lebih kurang 5.45pm. menjamah mc chicken. ditapau dari McD. dah lama teringin nak makan, tetapi tak de peluang. kalau orang lain dah jemu, aku tak pernah jemu kerana tak de siapa sudi nak menemankan aku makan. kesiannyaaaa!!!.


lunch tadi

cuba2 nak beli lipstik dari kaunter di jj. alahaii 10 kali aku meronda tapi masih tak tersinggah. entah apa yang digayatkan tak tahulah. lipstik yang ada tu dah habis lunyai dikerjakan rakyat jelataku. biasanya beli kat farmasi atau watson aje. nak cuba brand baru konon.

dan tadi window sopping sensorang. sue, teman makan hari2 biasa tak free hari ni.. pukul 3 kena keluar opis jadi dia kena siapkan kerja. kakiku melangkah tanpa haluan. JJ. dept kanak2, dept lelaki, dept wanita, dept keperluan rumah.. last2 ke watson di ground floor. sekadar membeli losyen tangan. lipstik dihajati tak de stok.

terserempak noky dan leny sedang membelek skaff. sedondon hitam putih mereka. sempat lagi bergurau pasal budget presentation bos hari isnin nanti. bos terpaksa present sorang2 kalau sharef masih di hospital; tak sehat.

kemudian kaki melangkah ke LG. masih tanpa arah tujuan. nak makan apa yer?? McD. tapau. ishh kenyang ker beli seketul. singgah rest nasi ayam hainan. nasi ayam stim 1 bungkus. tak puas hati. mata masih meninjau2 kut2 ada yang mahu dibeli lagi.

cukup. jangan tamak. kata nak diet.

No comments: