Friday, April 22

mungkinkah ada jodoh antara kami dengan keluarga itu???

semalam baik punya projek.

pagi bfast di rumah. masak nasi lemak berlaukkan tempe goreng, ikan bilis goreng, telur dadar dan kari ayam semalam (sambal tumis pun ada). menjelang tengahari kami lunch di gerai mawar off jln kuching. sampai di gerai jam 2pm, tak byk lauk tinggal mungkin sbb org kl seperti aku ramai yg makan luar.

kol 5pm, org astro baru sampai. sepatutnya dia sampai jam 4pm. dah beberapa hari astro tak berfungsi. sbbnya? antena patah. tak pepasal kena bayar RM90 untuk service dan alat ganti.

6pm, berangkat ke Ijok untuk bertemu seseorang. jalan menuju ke sana agak jem. kami tiba di rumah pakcik ismail jam 7pm. kami disambut si anak dara cun dan ibunya. pakcik dah ke masjid. aku fobia sket nak jumpa makcik ni selepas perkenalan pertama kami. sambutan diterima sungguh mengejutkan.

lepas minta izin tumpang sembahyang, kami dijamu hidangan makan malam. esehhh makcik tu dah siap masak laaa.. sepatutnya kami sampai jam 5pm tp terlewat pula. tak dapat nak jumpa pakcik seperti yang dihajati. rakyat jelata ku pula bagai di ajar2, begitu bersungguh2 mengambil hati makcik. bila nak balik siap berpeluk2an laksana nenek sendiri... alahaiii!!

dalam perjalanan balik, hatiku masih fobia.. teringat2 peristiwa kami dimalukan (errr malukan??.. entahlah). kalau ikutkan hati aku keberatan mahu pergi.. tak pelah, makcik ada sebab untuk buat begitu.

No comments: