Monday, April 25

pesta buku dan siput sedut...

kalau tak kerana date ngan zar ke pwtc entah bila baru menjejakkan kaki ke mall lagi. banyak yang boleh dibelek dan dipandang, patutlah geng2ku semakin rajin ke sana.

dipameran buku, aku membeli 2 buah buku yang bukan novel. bersama zar, kami meredah kesesakan orang ramai. masing2 dengan hajat tersendiri.

dikesempatan yang ada aku diperkenalkan dengan MBA, Zetty & kak Sri Diah. yang lain2 wajah yang sudah beberapa kali ditemui.

sekembali ke rumah, kepala nyut nyut. panas agaknya.


ahad,
tugas ke pasar disandang sepenuhnya oleh bpren kini sementelaah rakyat harus pergi mengaji jam 9.00am. aku hanya membuat pesanan penaja. tika membelek bakul sekembalinya dari pasar.. SIPUT SEDUT lagi?? alahaiii...

No comments: