Friday, May 6

haluan yang pelbagai...

pukul 12.00 tengahari aku sudah keluar dari pejabat. bos yang berada dalam biliknya sekadar mengangguk bila diberitahu mahu ke bank. (sungguhhhh bukan tipu2). selesai berurusan aku ke tingkat 3 mid valley dengan harapan hendak menambah GPRS ke henfon. senang nak terima gambar2 menarik kalau ada yang mahu menghantar.

kaunter celcom menasihatkan supaya tidak berbuat demikian sekarang. 15hb nanti ada pakej baru lagi menarik bakal menanti pelanggannya. pelbagai kemudahan disediakan dengan harga yang teramat berpatutan. mmmm kenalah tunggu kalau begitu gerangan dikabarkan.

selesai berurusan. aku tak bercadang hendak window shopping. boring. melewati eskelator turun ke bawah terpampang banner pameran Holland di ruang pameran mid valley. waaaahhh itu sudah bagus. gerai2 pameran tak sebanyak mana. pengunjung yang datang pun tak ramai. aku teruja dengan keindahan Holland. kincir air, lembu yang sehat dan pokok tulip. aku tergoda dengan sepasang sepatu merah dibuat dari kayu untuk hiasan meja.

keluar dari ruang pameran, kepala ligat berfikir kemanakah haluan seterusnya. baik tapau makanan. dari satu gerai ke satu gerai menjenguk akhirnya nasi kerabu menjadi pilihan.

dicentre court ada pertunjukan fesyen hasil nukilan pelajar2 sebuah pusat pengajian. aku sekadar menjenguk dari atas. malas. terus balik opis.

No comments: