Monday, May 9

letihnya hari ni...

SABTU

jumaat malam sabtu along demam. bila dengar dengusan nafas along agak kuat berbanding biasa itu tandanya dia berada dalam situasi berjaga2. selepas dibagi ubat dia sihat sikit dan mula aktif macam biasa.

pagi sabtu, seperti biasa semua rakyat dihantar ke rumah utih untuk memudahkan aku menguruskan rumah dengan pantas tanpa gangguan. aku sempat membasuh pakaian sekolah, mengapur kasut, memasak dan rutin pembersihan rumah kecuali melipat kain baju.

petang, ke rumah adik ipar di klang sementelaah ayah mertua ada kat sana. bpren dipanggil untuk membincangkan masalah adik ipar yang menolak tawar IPS di Ipoh. bikin ayah mertuaku fenin kefala.

AHAD

pagi, buat nasi goreng tempe mcm iklan dalam tv tp ditambah ngan udang dan ikan bilis tumbuk. aku tak cadang nak masak nasi tengahari sbb nak makan kenduri di blok sebelah. bpren beritahu adik dia seisi keluarga nak datang tapi tak tahu pukul berapa. buat mi kari dan puding roti ajelah.

kuah dan puding roti dah masak. mi belum dicelur lagi. sementara rakyat dan bpren melelapkan mata, aku dengan sesi melipat kain yang bergunung banang dan melempah ruah. baru separuh jalan sesi berlangsung perut terasa lapar. baik celur mi dan bahan2 lain boleh gak aku makan dulu. tengah aku sebok didapur adik ipar seisi keluarga dan ayah mertua sampai. heheee kelam kabut gak aku menghidang apa yang dah dimasak. nasib baik dorang dah makan dirumah sebelum keluar jadi tak delah kebuluran menunggu.

malam, dorang bercadang hendak ke rumah abang ipar di gombak. disebabkan rakyatku ada tuisyen pukul 8pm, aku tak bercadang hendak pergi. lagi pun dah seharian aku menguruskan pelbagai urusan rumah tangga, aku keletihan sedikit. sangkaku adik ipar mahu pergi.. bila melihatkan aku tak pergi dia pun keberatan hendak pergi sama. maka hanya bpren, along (baru nak sehat dari demam) dan ayah mertua yang pergi.

sambil melayan adik ipar aku meneruskan tugasan mengemas rumah secara kecil2an.. ekek bimbang juga dikata tak melayan tetamu nanti. hati adik ipar kena jaga. sebarang perkara menguris pasti sampai ke pengetahuan emaknya di kg. tak syiok laaa kannn!! kenalah jaga reputasi eekkkk...

pukul 10pm lebih barulah ayah mertua sampai ke rumahku dari gombak. along adik beradik memujuk atuk supaya bermalam di rumah tapi atuk menolak. takkan atuk nak duduk sensorang dirumah sedangkan dorang akan bersekolah ke esokkan harinya. adik ipar tak bekerja tentulah ada orang melayan dia di rumah. nasib tak de siapa yang merajuk.

selepas menghabiskan segala stok makanan atas meja, barulah mereka berangkat pulang. aku hanya sempat mengemaskan yang kecik2 aje.

No comments: