Friday, July 1

ahaaaa.... tak tahu

petang semalam aku tak masuk kelas jepun sebab dalam opis tak de orang nak back-up. selalunya lillian tapi dah 2 hari dia ke jeram besu, pahang untuk bercorporate warrior bersama bos2 lain. bosku tak pergi dengan pelbagai alasan yang direka cipta (sebenarnya dia malas nak mandi sungai dan masuk hutan).

di opis, bos asik keluar masuk. ishhh takkan nak suruh bos jaga opis sebab ketika itu hanya aku dan bos aje yang ujud. lagi pun aku sedang menanti beberapa panggilan yang tidak kurang pentingnya. sesekali bersms dengan lillian tentang beberapa info.

sejak kebelakangan ni aku kerap rasa boring dengan persekitaranku yang memboringkan. senyap dan sunyi macam tak de orang walaupun ada orang. kekadang opis kosong tinggal aku sorang. sesekali bila ke tingkat atas, aku akan merapu dengan kekawan yang ada.

hari ni nak beli pokok lagi lah... semalam dah beli sepasu. kalau boring sangat sembang dengan pokok bes juga. kannnnn

No comments: