Monday, July 4

sabtu, angah mula panas badannya. asik2 merengek nak bermanja. petang, adik ipar sekeluarga datang. aku masak simple2 aje. makaroni goreng dan pulut berdurian. durian UPM kata bpren. aku tak rasa sebab kurang berminat dengan pulut durian. seronok pulak makan beramai2 sambil menonton konsert AF di tv.

mak mertuaku dan adik ipar datang ke klang hari khamis. 2 malam bermalam di kelang kemudian di hantar ke gombak, rumah abang ipar. rumah kami dia belum singgah lagi. dia lebih suka ke rumah kami kalau kami sekeluarga ada di rumah. hari kerja tentulah tak sesuai nanti dia boring duduk sorang2.

semalam, bpren, adik ipar sekeluarga, abang ipar dan mertuaku menemani adik ipar mendaftarkan diri belajar di U di kuantan. aku tak pasti nama tempat dia belajar.. lebih kurang KUTEN lah gitu. dia mengambil diploma untuk jurusan engineering. lepas ni mertuaku tinggal berduaan ajelah di kg.

dan semalam juga setelah sekian lama tidak bertemu kakak, aku ke majlis kenduri kawin bersama2 dia di kawasan kami. cadang nak tengok pengantin bersanding lewat pulak rombongan pengantin lelaki tiba.

hari ni, angah tak ke sekolah. acik awal2 pesan suruh aku jaga angah. senang la konon balik sekolah terus balik rumah tak payah ke rumah utih.

No comments: