Thursday, July 7

angah kena tonsel...

seronoknya duduk rumah semalam jaga orang demam. angah masih demam sejak sabtu lepas. suhu badan turun naik. pertama kali ke klinik dr kata demam biasa aje. di tekak belum ada tanda2 tonsel akan naik. kali ke 2 ke klinik barulah dr bagi mengesahkan tonsel sudah ada. kasihan dia, suhu turun naik. ini kali pertama angah kena tonsel. along dah 2 kali kena.

sepanjang masa di rumah semalam dia asik berbaring aje. aku yang mengantuk tak cukup tidur ni 2 kali terlelap depan tv.

acik beriya2 suruh aku jaga angah. bukan apa, dia tak payah ke rumah utih. balik sekolah kebangsaan boleh terus balik rumah. along pun gitu. masing2 liat nak ke sekolah agama bila uminya ada. kalau ada yang demam rumah kurang sikit riuhnya. tak de yang nak bergaduh berebut mainan atau apa saja. maklum tak de geng dan tak cukup korum.

angah pulak tak mahu makan dan minum. tekaknya sakit katanya. kesian dia. tubuhnya sedikit susut. nasib baik dia tak menolak minum susu. bubur nasi dan sup ayam kg pun tak mahu. hari ni tak sekolah lagi tapi ada di rumah utih. hari selasa lepas dia ke sekolah sekejap sebelum di suruh balik sebab suhunya tiba2 naik sedikit.

No comments: