Tuesday, July 5

jalan2 cari makan..

tadi, buat pertama kalinya makan di Restoran Rebung di lorong maarof, bangsar park. restoran milik chef terkenal iaitu chef ismail. sebuah restoran yang dulunya adalah rumah teres setingkat. aku dah pernah makan di sini sebelum restoran rebung mengambil alih.

masa sampai jam baru menunjukkan pukul 1.00pm. pemandangan di luar nampak sedikit klasik. menarik. dari luar pagar nampak macam belum ada pengunjung lagi. bila menjengah ke dalam baru ada 2 meja yang ada orang selainnya kosong. makanan dihidangkan ala bufet di luar rumah.

aku dijemput oleh penyamput tetamu mengambil hidangan. nampak enak tentulah enak juga rasanya. ikan keli salai masak lemak, pergedil, hati ayam masak kicap, tempoyak petai (enak) dan sayur campur menjadi pilihanku. sebaik meletakkan pinggan dimeja makan aku ditanya samada mahu hidangan ala bufet atau nasi campur. kalau hidangan bufet, satu kepala RM28 sementara nasi campur dikira per lauk yang diambil. aku memilih nasi campur. lain2 juadah kami adalah sup daging. semua hidangannya memang menyelerakan.

disatu sudut ada juadah pencuci mulut. puding, agar2, buah2an dan bubur. terlintas juga mahu mengambilnya tapiku tahan selera. ni kira percubaan pertama. kalau mahal lain tahun boleh datang lagi, kalau murah boleh datang selalu.

bila tiba saat membayar di kaunter hati tertanya2 berapa agaknya kena. mata leka memerhatikan petugas kaunter menekan2 skrin komputer. "encik punya semua sekali RM41 sahaja" amakkkkkkk pertama kali aku makan di restoran juadah kampung sebegini mahal (harga untuk 2 orang).

mahal2 pun meja penuh masa aku meninggalkan restoran tu... awal bulan katakan!!



No comments: