Friday, July 22

EGM semalam

setiap kali ke EGM atau AGM, gelagat shareholder yang selalu menjadi perhatian. macam2 karenah dorang ni. kalau 200 orang yang datang, melayunya hanyalah 4 atau 5 orang sahaja yang lain semua berbangsa c**a. yang tua2 pulak tu. siap bawak emak bapak lagi.

kalau tengok dressing dorang, macam nak pegi pasar.. siapa sangka dorang tu pemegang saham syarikat.

selesai aje miting, dorang serbu tempat makan macam tak makan seminggu. nasib baik setiap shareholder diberi nombor meja. kalau tidak lagi tak terurus perjalanan majlis. agaknya dorang memang tak makan tengahari kut.. memang stanbykan perut untuk hi-tea.

seorang director mengofferkan diri nak duduk semeja dengan kami. tika itu masing2 kontrol ayu dan kontrol hensem. makan sopan santun berbudi bahasa. nasib baik dia makan sikit. sebaik dia melangkah keluar dewan masing2 menunjukkan belang. dok semeja dengan kami ada seorang apek. tengok gaya dia makan agak gayat pada pandangan mataku. sambil makan mulut membebel dan mata liar mencari teman2 dia. kami plak makan perlahan2 sambil bersembang tiba2 apek mengeluarkan sesuatu dari poketnya. rupanya plastik bag. sempat lagi bertanya "ini makanan tak abis aaa". "belum habis.. mau makan lagi.. ada lagi kawan2 belum makan" sampuk fara. apa punya apek.. orang tengah makan dia nak tapau plak.

kami keluar hotel sekitar jam 4 lebih. jalan jem. mula2 drop fara kat hq kemudian kayan turunkan aku kat mid valley. aku sampai opis jam 5. opis tutup. nampaknya semua balik rumah lepas miting.

paling kelakar... ada aksi bersanding dan ada nyonya pakai kasut kotak2.

No comments: