Monday, July 18

ketam rambut...

rambut along dah panjang. tiap kali aku nak potong dia suruh potong no. 3. tak mahu terlalu pendek dan tak mahu rambut mawi.

petang semalam, berbekalkan ketam letrik dan sikat rambut aktiviti mencantas rambut dimulakan. ketam baru berjalan sedikit, tak cecah kulit kepala pun.. tiap kali tu juga along mengadu kesakitan. bila aku kata dia mengada2.. dia marah aku balik. "umi tak rasa mana umi tahu" rungutnya.

habis tu kepala dah bertobek2.. dah bertarah di sana di sini. dah macam digigit tikus. last2 aku potong rambut dia pakai gunting.

masa dia kecik2 dulu sekitar umur setahun ke dua tahun rambut along aku gunting sendiri masa tidurnya. masa tu dia lasak sangat. nak bawak kedai? tukang gunting pun takut nak guntingkan. kadang2 aku potong cantik.. tapi selalunya sebelah aje yang elok. nak buat macam mana.. waktu tidur pun dia ligat bergerak2.

semalam pengalaman ke 2 aku mengetam rambut along. memula dulu elok aje dia serah kepala tapi semalam asik mengadu sakit. lama jugak aku mengerjakan kepala dia. nak kata elok sangat guntingan tu.. tak adelah. 'cukup makan' orang kata.

No comments: