Tuesday, July 19

sendiri lagi..

hari ni aku sendirian di opis. ramai ke site opis di tgbin johor. ada yang pergi 2 hari ada yang balik hari.

sepatutnya aku ke hq di plaza sentral hari ni tapi plan berubah di saat2 akhir. tapi aku masih memikirkan samada mahu ke sana atau tidak. kalau ke sana ada tugasan tertunggak perlu dilaksanakan. tak perlu tergesa2 melakukannya. lain kali pun boleh lagi. ataupun ke sana sekadar lunch bersama teman2... mmmm

ada yang tanya.. tak takut ke sendirian di opis? entahlah.. kalau opisku di tepi hutan macam opis zar mungkin aku takut atau opisku terceruk jauh dari keriuhan orang ramai mungkin aku sedikit risau.

setakat ini.. alhamdulillah tak de sesiapa mengangguku dan tak de apa yang perlu dirisaukan sangat. harap2 keadaan ini berterusan sampai bila.

psssss : jom jejalan kat mid valley.. kalau ada sale lagi bes kannn

No comments: