Friday, October 7

puasa ke 3

semalam pukul 6 petang baru keluar dari pejabat. tunggu bf lewat sampai. di hari kedua berpuasa ni kami menunjuk di bangsar. sebelum tu dah beli lauk; ikan keli masak lemak dan sambal udang di makan place. bf nak menunjuk juadah kegemarannya pula. selera kami berbeza. inilah masanya dia mencari ketupat sotong dan beberapa juadah kelantan lain.

aku hanya berminat ngan lauk pauk kelantan sahaja. ketupat sotong dan kuih muih lain kecuali akak... mintak maaf bebanyak. mindaku sudah menetapkan bahawa sotong adalah untuk lauk bukan dimasak manis dan berpulut. aku mencari roti jala enak. yangku jumpa roti jala tanpa kuah kari. beli juga. demi tak mahu membazir, makan dengan kuah nasi beriyani. tak sesuai langsung. lain kali jangan cuba makan roti jala ngan kuah nasi beriyani.

dibulan puasa seleraku tak banyak memilih. roti jala ngan kuah kari atau bihun goreng atau bubur nasi. kuihnya pula agar2 atau karipap. lauknya apa saja.

semalam bercadang mahu berbuka seisi keluarga. rupa2nya rakyatku dah ke tuisyen. hanya balik jam 7.30pm. angah acik puasa separuh hari aje. masa balik dari tuisyen along belum berbuka lagi. bila ditanya kenapa melewatkan berbuka "tak dengar orang bang". lahaiii mentang2 cikgu tuisyen india. special request dari along; nasi lemak juadah berbukanya.

hari ni nak tunjuk apa yer? kalau aku... menunya sama sampai habis puasa dan sampai bila2.

kerja

awal bulan puasa biasanya aku dan rakan2 sejawatan agak sebuk dengan pelbagai urusan berkaitan. senarai jemputan berbuka puasa dan senarai penerima hamper. tahun ni aku ditugaskan menjemput tetamu dari satu jabatan di TNB. susahnya diaorang ni bila tiap2 tahun bertukar jabatan. nombor talipon bertukar ganti. setakat jemput berbuka puasa tak de masalah sangat. mana yang tak dapat dikesan kata ajelah tak dapat dihubungi. ada yang dah transfer jauh, ada yang bersara dan ada juga yang dah meninggal dunia. sebenarnya diaorang2 ni adalah sambungan dari projek terdahulu. kalau ikutkan projek sekarang tak ramai yang disenaraikan maklumlah kami ni hanyalah dipinjamkan ke syarikat lain hingga selesai projek.

masalah besarnya adalah penerima hamper. kalau tak betul alamat nanti bising tukang hantar. bukan 1 hamper yang mahu di hantar tapi beratus2 dan kemerata2 tempat. tahun ni kerajaan tidak membenarkan hamper dihantar ke jabatan kerajaan. maka arahan dibuat kalau mahu juga menghantar ke pegawai kerajaan; hantarlah ke rumah.

6 comments:

Anonymous said...

akak suker amam mknn klate erk? suker dak amam laksam??

**peminat laksam ni** kekkeke

Anonymous said...

Saya org kelante. Tapi tak perbah cuba pon makan ketupak sotong tu. kalau akok tu makan lah jugak. Yg tak leh miss kalau puasa ialah kohleh ubi....sedap tuuuuu
Kat shah alam ni, ada satu restoran kat seksyen 11 (Hartinie). Makanan kelantan dan kuih muih dia memang best, tapi, harganya pun boleh tahan jugaklah. Satu keping kuih rm0.50. Tapi berbaloi sebab sedappppppp.

melor said...

pb orang kelantan? ihikk... rasa datang ler rumah..

kohleh ubi tu yg pengat ubi ekk? melor suka gak yang tu terutama kalau hubby yg buat hehee

Anonymous said...

hahahahaa dah mcm org bujang lak akak nih :P kitaorg duduk bujang menu yg sama sepanjang bulan. ikan bakar!

Ungku Nor said...

Melor, I pun kalau time buka mmg tiap hari ada ikan bakar. Ehemm,bukan ler nak cakap sama tekak dgn adik kita tu tapi dah mmg manjang sama jek citarasa,nak buat camno..:P

Latiptalib said...

hai melor, hari ni dah 6 hari kita berpuasa. selamat berpuasa.