Monday, October 10

4 & 5 Ramadhan

Alhamdulillah hari ni sudah enam hari kita menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.

berpuasa di rumah lebih mencabar aku rasakan berbanding di opis. dah ler pagi sabtu tetiba air kat rumah tak de. aku kena berjimat cermat air dalam bilik mandi tu. (pg sabtu memang aku mandi lambat sikit sementelaah aku sendirian di rumah) sambil berkemas rumah aku call ady minta penjelasan lanjut berkisar alkisah yang berlaku. so kisah tu sudah setel. aku tak payah nak berkerut dahi memikirkan.

menjelang tengahari makin terasa keletihannya namun tugasan di rumah masih perlu diteruskan. paking barang2 yang perlu nak dibawa balik kg. beberapa hari lepas ayah ada menalifon bf bertanyakan sesuatu hal. kecoh dikalangan rakyat jelata bila tahu minggu ni nak balik kg. suka bukan main.

kami berangkat dari rumah jam 3 petang. tiba di kg jam 5.30 petang. sempat lagi bakar ikan pari dan sediakan kuah asam sg congkak (hari tu berym ngan zar pasal ikan pari). ayam kg yang ku bawa minta mak buatkan kari (ayam kg dari bandar... mmmm). seronoknya berbuka ramai2. bf makan nasi bertambah2. minggu depan berbuka di kelang pula. lagi laa bes.

nota :
awal Ramadhan hingga jumaat mlm sabtu, aku menghadapi beberapa perkara yang mencabar kesabaranku. semoga aku terus diberi kesabaran itu hingga ke bila2.

8 comments:

Anonymous said...

akak...jumaat til sabtu??? heheheh mcm tahu jer apa dia...bior la org nak sabotaj kita, tapi kita tetap ok kan kan kan?

zino said...

cabaran bulan ramadan le tu..

melor said...

nasib baik cabarannya ciput.. tak berbekas langsung di hatiku

Zareda Norman said...

melur, zar pun buat air asam sg congkak cicah ngan ikan talapia bakar semalam,.. yummmi..

Anonymous said...

bulan Ramadhan memang bulan penuh cabaran.. ada orang diduga dengan kesusahan (contoh: lapar dahaga, jalan jem dll) dan ada pula yang diduga dengan kemewahan (contoh: jualan di bazar Ramadhan laris duit mari...)

Ungku Nor said...

yang bestnya sorang kena, sekali suma merasa tempiasnya..kan Ady kan?

Anonymous said...

bahtiar.. ada juga yang dicabar dengan tidak tahu nak buat apa!

zino said...

juita
sah yg tukang masak tu bukan pro.. semi pro pun bukan.. amatur je tu..