Wednesday, October 12

ramadhan ke 8..

Alhamdulillah majlis berbuka puasa semalam berjalan lancar. hampir semua tempat duduk dipenuhi. majlis berlangsung di Windows on KL di tingkat 30, Crown Plaza Mutiara Hotel. paling seronok dapat berjumpa dan bersalam2an ngan kekawan.

satu meja dengan kami ada seorang ustaz muda yang mulanya ku sangka staff baru. iyelah dah duduk jauh di mata, maka tak kenal mana staff baru yang mana tetamu.

bilik solat disediakan di tingkat atas. tempat berasingan antara lelaki dan perempuan. tempat mengambil air sembahyang lelaki di tepi kolam renang sebelah dewan makan sementara yang perempuan dalam bilik air. ok ler tu dari bersesak dalam surau yang entah ada atau idak. sesetengah hotel menyediakan surau setakat ala kadar aje. kadang2 nun jauh terperuk mana tah.

hari ni tekakku rasa lega sikit. semalam tak sentuh ais pun. malam tadi makan ubat batuk. lepas makan ubat terus tido. lepas sahur pagi tadi makan ubat lagi sekali. harap2 sakit tekak dan perit tekak akan segera sembuh lepas ni.

7 comments:

zino said...

dapat lagi dua tiga kali buka puasa kat hotel elok lah tekak tu hehe..

melor said...

hehee bijak2..

zino said...

next one kat mana pulak..? hehe

melor said...

next one tak nampak bayang lagi.. kalau jadi bos kena tour byk tempat tuk berbuka

Zareda Norman said...

zar pun dah setat sakit tekak, agaknya hydrated ler.. hehhe

Anonymous said...

tekak tue xsabo nk mkn ketupat + lemang kot? huhuhuh

Leyla Shuri said...

Baguslah sakit tekak dah baik, buatle kopi cappucino ke, teh terik bunga lawang ke, kopi mocca ke...buat minum berbuka. Ais dan air con sejuk berlanggar dgn metabolism badan manusia.