Tuesday, October 11

sakit tekak dan majlis berbuka

sakit tekak

awal puasa tekak sakit balik. terasa perit dan tegang. air liur pekat (uppsss). sejak menjak ni kerap pulak sakit tekak dan kena tonsel.

semalam nampak cendol kat pasar ramadhan. tiba2 teringin nak beli. minum punya minum hari ni suaraku separuh keluar. separuh lagi dah kena telan ngan cendol. mlm tadi sebelum tidur dah direndam kembang semangkuk untuk menyejukkan tekak dan panas dalam. mungkin tak cukup. kena usahakan cara lain pula. air selasih tak de jual di pasar ramadhan bangsar. aisku minum juga. malah apa saja air yang bf beli aku minum. tak de pantang larang. itulah pasal sakit tekak sekejap aje eloknya. (hari biasa jarang minum ais)

majlis berbuka puasa

hari ni aku pakai baju kurung datang kerja. petang nanti ada majlis berbuka puasa di hotel. masalahnya pinggang kain baju kurung dah ketat. kain mengecut atau pinggangku dah terlebar sedikit? entahlah.. yang pasti walau tekak sakit selera makan tetap tak berkurangan. (yang sebenarnya byk minum air)

7 comments:

Anonymous said...

Resepi ikan/ ayam percik


Bhn Perap Ikan @ ayam
halia / bwg merah / garam diblender.
kemudian dilumurkan pada ayam atau ikan .

Bhn untuk kuahnya
Santan kelapa / sejemput beras / halia dan bwg merah diblender.
kemudian dimasukkan kedalam kuali dan dimasak dgn api yang sederhana.
masukkan juga sekeping asam keping, garam dan gula (ikut selera). Dikacau hingga ianya pekat. Jika mahukan kuah ni pedas, semasa blender bhn bhn tadi, masukkan juga cili kering atau cili boh.

Ikan yang telah diperap dibakar, bila hampir masak, bolehlah disapukan kuah tadi keatas ikan. Buatlah sehingga ikan / ayam itu masak sepenuhnya.

Petua utk ayam, biasanya ayam yang telah diperap tadi, direbus sehingga separuh masak. Supaya bila dibakar/dipanggang, ianya masak dgn cepat.

sekian, selamat mencuba

Anonymous said...

melor, kalo sakit tekak jgn minum ais sgt..lai chi kang suam/panas will helps..

zino said...

aku "baby demam jangan minuk ais"
baby "boleh le abah, sikit je "
aku "tak boleh tunggu baby baik dulu.."
baby "dah baik dah , adik tak batuk pun"
aku.. diammm
baby " abah marah adik ke?"
aku "tak, tapi adik tak dengar cakap abah"
baby " ok lah.. adik tak minum lah.."
adik " monyok.. hehe

Ungku Nor said...

Melor..pantang ler ais tu dulu,
dah baik nanti, baru boleh balun balik.
peh tu kot sakit tekak
balik,pantang ler balik.
peh tu dah baik,balun balik..
peh tu pantang balik..
and so on..:P

Leyla Shuri said...

Tengah mlm anjing menyalak,
Pencuri lari belakang reban.
bulan posa melor sakit tekak?
orang kata itu ujian ramadhan.

melor said...

PB, terima kasih yer.. dah lama tak buat. tentu bf suka dapat makanan kegemaran hasil nukilan isterinya.

semut, pasar ramadhan bangsar tak de jual lynce kang. minum air suam ajelah nampaknya.

zino, baby pun tak sehat yer? syiannn

ungku, lepas ni melor pantang ekk.. hehee

kak lela, awal puasa melor dah diduga. dugaan kecil terima ajelah dengan kesyukuran.

Zareda Norman said...

melor, jangan minum ais mase berbuka, tu yg kembang tu kot.. ahakss.. gurau jer.. tapi the fact is memnag tak elok minum ais mase berbuka..

take care ek