Wednesday, December 28

Alhamdulillah syukur...

syukur kerana along selamat berkhatan walaupun tanpa pengetahuan aku dan bf, khamis lepas. pelik bukan emak bapak sendiri tak tahu. segala perancangan hujung minggu kami terpaksa di tunda ke tarikh lain. mulanya aku 'angin' juga lebih2 lagi penggal pertama persekolahan bakal bermula minggu depan. segalanya berlaku apabila anak jagaan mak utih bersama ibunya ditemani zaini (adik mak utih) pergi mendaftar nama untuk bersunat di sebuah klinik dekat rumah. melihat ramai budak2 sebaya malah ada yang lebih kecil membuatkan hati along berkobar2 mahu juga. zaini call bf nak minta kebenaran tp bf tengah miting dan malas layan panggilan. lepas miting lupa pula nak return call. kesudahannya dah sampai rumah baru masing2 tahu. semalam klip sunatan dibuka namun along mengadu tak selesa berkain. ngilu agaknya.

ketika bercuti menjaga along jumaat lepas, liza besprenku sms. "email pasal bonos dah keluar". alhamdulillah. kabarnya tahun ni bagus sedikit dari tahun lepas. itulah bak kata seorang teman "setahun menunggu sehari dah habis". duit.. mengalir mcm air.

4 comments:

zino said...

bonus? aku kaya aku kaya!!!.. oops!!! melor kaya hehe..

Anonymous said...

huwaaaa.... keje sini takde bonus..

Zareda Norman said...

bonus.. heheh melur, besar bonus besar le keraknyer.. hehehhe

Anonymous said...

khatan ngan klip tak sakit cam potong biasa. jenis potong ni, kata org sakitnya lebih kuat dr. bersalin :-]]