Wednesday, December 21

Corporate Warriors

Image hosted by TinyPic.com

ini bukan kem bina semangat atau kem motivasi atau military kem atau ala2 PKLN. kursus berlangsung dari 12 - 15 December 2005 yang baru lalu. ini group ke 2 untuk bukan managerial. manager2 semua dah pergi awal2. aktivitinya semua sama kecuali di sungai itu pun bergantung pd keadaan sungai waktu tu.

3’A’s Strategic Action Model - Principles of War
Basic Map and Compass Reading
Jungle Survival skills & Camp Craft
Mission Handover and Surprise Attack
Water Confidence Activities
River Rafting
Operation Song Bird (sesi karaoke)
The Blame Game’ and ‘Understanding Ownership’
Management Game – The Saboteur
Management Simulation – Four Management Challenge – boring

misi utama masuk ke hutan adalah untuk menjejaki beg berisi 'top secret' yang telah dicuri oleh penganas semasa kami tengah briefing. nenandakan kemenangah mereka (penganas) meletupkan mercun raya cina. nasib baik bendera2 setiap kumpulan tidak dicuri sama.

kami kemudiannya di bahagikan kepada 3 kumpulan ie merah, hijau dan kuning. kami diajar cara memasang kemah, memasak dan melindungi diri dari diserang penganas atau team lain. peralatan yg mahu dibawa perlu dibeli menggunakan matawang kroll. berapa banyak kroll bergantung pd keputusan menyudahkan 3 tugasan diberikan.

petang hari ke 2 di sana barulah kami berangkat ke hutan untuk mengempur penganas. team hijau diiringi 3 orang fasilitator memandangkan tapak kemah kami terletak agak ke jauh dalam. hujan sekejap lebat sekejap senyai menyukarkan perjalanan kami. pakaian terutama kasut berselut tebal. sepanjang perjalanan tak banyak semak samun kami redah kerana lorong trek telah siap sedia menanti. diawal perjalanan kami berpandukan kompas dan peta ditangan. setiap soalan diajukan kepada fasi dikenakan bayaran 1000 kroll. maka kalau nak tanya apa2 baik tanya sebelum masuk hutan. setiap team dibekalkan 200,000 kroll untuk menghidupkan diri andai terkena bedilan penganas.

akan disambung kalau rajin... insyaAllah...

Image hosted by TinyPic.com
water rafting selepas keluar hutan. bes wooooooooo

4 comments:

zino said...

boleh le bertugas di perbatasan lepas ni hehe

Zareda said...

bes kan kalau sesekali masuk hutan. zar pun pernah buat water rafting kat taman negara siokkk.. boleh menjerit sekuat hati.. release tensen uou!

juita said...

hahaha...kelakar le zino, masuk hutan, masuk sungai, scuba diving, memang boleh bertugas di perbatasan...ekeekek..sonok ek..kena tahan lasak ni..

zino said...

juita

kira harapan negara lah lepas ni hehe