Wednesday, January 4

cuti...

tahun baru sambut di mana?

jumaat mlm sabtu kami dah berangkat balik ke sg besar. mana lagi kalau bukan kg halamanku. konon nak berkemah belakang rumah. kemah dah siap tapi tak diduduki. hujan sekejap2. seronok rasanya balik kg kali ni walau aktivitinya biasa2 aje.

semalam aku cuti juga. hantar acik angah ke sekolah. tahun ni dah naik darjah 2. sekejap aje masa berlalu. dah besar anak daraku. tahun 2 di tempat di tingkat 2. semasa perhimpunan merekaku tinggalkan bfast sekejap. habis bfast aku kembali ke sekolah, perhimpunan dah selesai. sangkaku acik angah masuk ke kelas. semua kelas darjah 2 diperiksa tapi tak nampak kelibat mereka. rupanya mereka lepak di lorong ke kelas lama (darjah 1), tak tahu nak masuk kelas mana.

lepas makan tengahari aku terus bommm sambil menunggu rakyat balik sekolah. petang dlm kol 3 petang sekali lagi aku terlena. senangnya aku tidur letak kepala terus jalan. pagi tadi lepas aku bersiap2 sementara menanti bf, aku tertidur depan tv. nampaknya aku kena cari pemandangan hijau, membersihkan 'habuk2' di mata.

esok pagi ada agm di crown mutiara. ingatkan nak skipkan diri. saja aku tak pergi miting di hq hari ni dengan harapan nama tak masuk senarai bertugas. last minit leny call suruh datang esok.

14 comments:

Zareda Norman said...

selamat tahun baru

zino said...

jangan bommm pulak dalam AGM tu hehe..

Anonymous said...

selamat tahun baru..tahun ni, mesti achik & angah bersemangat nak sekolahkan..

Anonymous said...

Selamat Tahun Baru Masehi 2006 tak lama lagi pulak awal Muharran.

Melor oke lagik dapat bommm ..azwa semalam dari pagi sampai ke petang sibuk mengurus hal ehwal rakyat jelata sekalian...hantar pi sekolah/taska, pi bank...out of service lak...terpaksa balik umah amik buku bank, berbaris sket punya panjang ker. tapi sebab nak kena beli buku budak2 tu kena ler juga ikut barisan... : ) Seb baik masa pi beli buku, takde barisan.

zino said...

azwa
lain kali sain je lah dulu tak boleh ke? hehe

zino said...

selamat hari raya korban.. balik kg kot..?

melor said...

azwa, kat sekolah angah acik.. beratur panjang nak beli buku. dah le kedai buku buka lambat. sepatutnya hari pertama sekolah bukalah awal sikit.

melor bukan nak beli buku tapi nak menambah pembalut buku yg dah kehabisan.

juita, meragam juga maklumlah dah lama cuti sekolah

melor said...

zino, raya korban kat kl aje cuti sehari kan tp ada jemputan suh datang rumah hehee

melor said...

zar, selamat tahun baru..

zino said...

skrg ni baby je bersungut cikgu tak bagi buku lagi hehe..

Anonymous said...

salam aidiladha kak melor..:)

zino said...

azwa

fizah ada satu buku lagi tak ada.. dah rayau satu KL cari tak ada stok.. kat DBP pun tak ada stok.. cam mano tu?

fieyda said...

akak,
slmt tahun baaru, slmt haari raya korban, slmt berazam...errr ader azam baru ke? ekekeee

Anonymous said...

salam aidil adha kak melor sefamily :D