Wednesday, January 11

laporan seminggu..

khamis (5/1/06)

ada pemeriksaan tekanan darah dan urine test percuma di tingkat 8. kebetulan waktu tu kepala tengah pusing ala2 tidur tak cukup (memang tak cukup pun). hasil ujian didapati tekanan darahku agak tinggi. urine test kata semua organ dalaman ok.

jumaat (6/1/06)

tiba2 bf ajak temankan dia jemput adik dia di kukten, gambang. dia sakit mata jadi boring lepak kat hostel lagi pun tak boleh gi kolej. tp sebelum balik dia kena amik mc lagi dari klinik kerajaan. dia sendiri tak berapa ingat klinik yg dia pegi sebelum tu kat mana. yg dia ingat cuma simpang 4. mengagau jugalah mencari.

sabtu (7/1/06)

hari ni aku tak banyak buat kerja rumah cuma sediakan bfast pagi aje. selebihnya dihabiskan depan tv. malas nak buat2 rajin kang orang kata tunjuk baik pulak. tengahari kitorang makan kat belakang istana menunjuk ikan bakar.

mlm.

nak dekat magrib, adik ipar sekeluarga dari klang datang menjemput adik dia balik sana. adik ipar bongsu tu rapat ngan adik ipar dan birasku. ngan aku selaku kakak ipar, dia malu2 kucing sikit. apa2 hal dia akan cakap ngan si abang. bukan ngan aku aje, pompuan2 lain pun dia malu. dah spesis gitu tak bleh nak buat apa. kol 11.30 mlm baru dorang berangkat balik.

ahad (8/1/06)

pepagi buta aku kejutkan bf, minta dia tolong alihkan rak tv. saja nak alih2kan perabot rumah. dah lama aku cadangkan nak alihkan, namun cadangan tinggal cadangan. mana2 yang larat ditolak aku tolak sendiri. aku alihkan senyap2 kecuail rak tv yang berat.

sementara bf gi pasar aku sediakan nasi goreng.

pagi ni aku stat berangin namun sepoi2 bahasa aje tanpa disangka anginnya dah jadi taufan.

isnin (9/1/06)

kerja cam biasa tp aku balik awal sikit. terus prepare tuk besok.
mlm sekali lagi taufan kecil2an melanda. lantaklah. mana yang boleh ditepis.. tepis ajelah.

selasa (10/1/06)

lepas sembahyang raya, bf main game kat pc. adik dia call beberapa kali tanya kenapa tak sampai2 lagi. pukul 11 pagi kitorang berangkat ke klang. adik ipar buat nasi dagang. atas meja ada pelbagai juadah. rupanya hasil pemberian jiran2 sebelah. dorang bertukar2 juadah mcm bulan puasa pulak.

kol 4 petang berangkat ke rumah adik ady di taman melawati. sebaik sampai terasa nyaman, tenang dan damai alam sekitar.. ecewahhh!!! tapi dik, memang bes duduk sekitar tu. patut ler kak yang selalu nak gi sana. panjat tangga pun tak terasa penat.

rabu (11/1/06)

beli pokok 2 pasu di k4. yang lama tinggal sepasu aje yang hidup. itu pun letak kat bilik ronnie sbb ada sedikit cahaya matahari.

2 comments:

Anonymous said...

kenapa? akak pun nak terDJC jugak ker??? takder hal...

Anonymous said...

laaa Melor, dah sampai tahap taufan, mana tak naik darah tu..heehehehe..kita pun suka alih-alih perabot, tak le boring bila suasana lain sikit...