minggu lepas, beberapa hari gak aku terpaksa menahan keperitan sakit tekak. ada simton2 nak kena selsama ler tu kalau dibiarkan. beberapa malam sebelum tidor terpaksa meneguk ubat batuk sbb tak boleh nak lelapkan mata. tekak terasa perit sangat. jumpa dr? ishhh nantilah.. belum melarat lagi.
di opis, berjug2 air terpaksa ditelan demi nak menghilangkan kesakitan. bukan tak de strepsils.. saja.
jumaat lepas, janji nak jumpa sorang kawan baru di mid valley. seterusnya kitorang 'dating' di secret resepi. bukannya apa.. sebaik duduk, mengada2 betul tekak ni.. tersedak sampai naik merah bijik mata. last2 kawan tu bancuhkan sepeket susu IgG. Alhamdulillah... migrin + sakit tekak yang kebetulan menyerang beransur hilang. ihikkk... terus sain jadi member.
ada beberapa jenama di luar sana memasarkan susu IgG berkolesterum. pada kekawan yang ada masalah kesihatan eloklah mencuba. testimoni ada banyak kalau nak baca. nak ode kat aku pun bleh hahaaa
selera makan
seperti biasa hari minggu memasak makanan kegemaran seisi keluarga. bfast pagi aku buat kuetiaw goreng. sorry tak laku. anak2 lebih suka mengadap nasi lemak. susah betul nak tukar selera diaorang. nasi lemak.. nasi lemak.. nasi lemak!!! tak de nasi lemak tanak makan.
tengahari aku masak kari kepala ikan ala mamak (tadak santan) campur bendi dan terung. sejak sabtu acik asik mengira bendi. satu.. dua.. tiga.. empat.. lima.. enam.. tujuh.. lapan.. sembilan.. sepuluh. "umi, bila nak masak bendi?". selagi tak dimasak selagi tu dia mengira. risau juga kut bendi lunyai sebelum waktunya. maka menu tengahari sabtu bendi goreng bercili. tak sempat ke orang lain, dia berdua dengan si kakak dah menghabiskan semangkuk.
ahad, bangkit pagi2 acik mengira baki bendi yang tinggal. tengahari dek kekenyangan makan nasi lemak, bebudak tu tak mahu makan nasi. dah malam memasing baru bertanya. bila tengok acik makan nasi berkuah kari ngan bendi, tiba2 along mengaruk kelaparan. dorang makan kari dengan bendi tapi tak mahu ikan. angah selalu kata nak diet, memilih nak makan bubur caca berkeledek. kuetiau lebihan pagi acik letakkan sebelah nasi. makan berselang seli dengan nasi. haiiii macam2 ler dorang ni.
beberapa hari lepas, acik dan angah makan nasi berlaukkan sambal belacan sahaja. padahal lauk lain ada. kelainan selera dorang ni selalu buat aku binggung nak masak apa.
Monday, May 22
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Susu Lg6 ni memang bagus sebab susu awal lembu kan. Zar memang dah lama makan susu ni. Dulu mase sibuk sakit selsema burung, zulaika pun zar bagi makan tapi bentuk kapsul ler. susu ni meningkatkan antibodi. Kalau sesapa yang tak boleh minum susu boleh amik biskut Lg6. Elken ada jual ni
tiap2 pagi melor minum susu LgG Plus. mahal sikit tapi berbaloi untuk meningkat antibodi. susu ni dlm bentuk serbuk, boleh campur dlm susu anak2. dah byk testimoni pesakit2 kritikal ada perubahan selepas meminumnya.
susu? perasa coklat der x? hiksss
ly, susu ni bleh + milo kalau mau..
banyak khasiat kalu macam tu..
melintas jalan dan terjumpa orang sakit tekak.
Post a Comment