Thursday, June 7

'tetamu tak diundang'









besar tak? hasil penemuan dalam stor belakang rumah mertuaku.

sebaik kami sampai di rumah, mertua terus 'sound' along suh jangan main belakang rumah. ada sarang ular katanya. pak mertua pun tak pasti berapa besar ular tu.

mlm tu aku memang tido 'mati' maklumlah mlm tu kami buat kenduri arwah untuk arwah atuk dan nenek. sementelaah mak mertua demam, aku ler tukang kemas pinggan mangkuk dan lain2nya. adik beradik tak balik. yang ada hanyalah seorang dua jiran dan sedara mara.

entah pukul berapa pak mertua kejutkan bf menjelang subu. sayup2 ku dengar riuh rendah kat luar rumah. tak lama kemudian bergegas bf naik ke bilik amik kamera. kut2 sempat lagi tangkap gambar. maka.. itulah hasilnya. ingatkan apa tadi. rupa2nya ada pendatang tanpa izin sedang bertapak di stor belakang rumah. menurut kata ahli bomba, ular tu akan dilepaskan ke hutan tebal sesuai dengan habitatnya. ingatkan dorang nak jual ke tokei reptelia atau ke zoo hehee

tugas dah selesai. pak mertua belanja nasi berlauk dan kopi kat abang2 bomba sebagai penghargaan kerana kecekapan menjalankan tugas.

1 comment:

MOKCIK AZWA said...

Ahoyyy...erkkk...Salam Melor...lamanya tak menjengok ke rumah Melor. Terlintas pulak nak menjenguk hari ini. Ingatkan dah pencen berblogging ihiksss...

senang2 lawat la rumah baru azwa.. di http://www.diariazwa2.blogdrive.com