Thursday, July 19

penat..

kepenatan mula terasa.

rasa nak amik cuti tapi bila pikir byk kerja outstanding... buhsannya. bila yang outstanding nak diselesaikan yer????

tadi HH remind aku lagi pasal salah satu job scope ku yang akan dimasukkan dalam KPI iaitu monitor reimbursement ke company di Oman di mana dia jadi salah seorang pengarah di sana. hanya meeting tertentu boleh di claim. pastu pastikan payment dah masuk ke blom. kalu belum kena report ke dia balik. alahaiiii...!!! bukan susah mana pun. cuma aku tak mampu nak buat banyak kerja dalam satu masa.

sebenarnya byk lagi pesanan penajanya yang masuk dalam file putih (KIV). selalunya email2 dia aku masukkan dalam email punya folder. konon tunggu masa nak take action. tapi projek2 Oman kena terus action sbb folder di usershare selalu digunakan oleh manager2 lain tuk cari info.

AA pulak selalu tanya perkembangan kerja2 yang dia bagi. sorry bos.. log sheet dah lama tak update. so jangan ditanya yer..!!

kekadang aku kerja ikut peraturan. urgent but important. ada masa important but not urgent. atau pun urgent but not important. yang tak urgent dan tak important? ada ke?

nak cakap ngan bos suh amik staff lain atau jangan bagi kerja bebanyak atau hand over pada orang lain? berani ker aku cakap? sue dan liza sebelum berenti ada bagi tau.. kalu tak larat nak buat cakap kat bos. sememangnya aku tak larat nak buat 2 atau 3 orang punya kerja dalam satu masa. azura masih di peringkat training. tambahan dia bukan sepenuh masa di hq. masih perlu berulang alik ke mid valley hingga projek di sana selesai.

arrrgghh... ngantuk dah. esok perlu bekerja lagi

No comments: