Saturday, August 11

chart organisasi bertukar lagi


sekarang ni cukup mudah. internal transfer tak perlu ada surat menyurat lagi macam dulu2. sebarang pertukaran/transfer staff hanya diumumkan melalui email. untuk perubahan yang lebih besar, panggil saja staff miting sekali gus buat pengumuman.
selepas selesai proses pengambil alihan MMC, beberapa perubahan telah berlaku baru2 ni. struktur pada chart diatas setakat bulan 4 tahun lepas sebelum keluar chart lain yang dikeluarkan pada bulan 9 sekali gus mengarahkan aku balik ke hq. yang terbaru belum dicirculate HR tapi nampaknya kedudukanku tidak berubah. tak nampak kelibat MESB (tempatku bernaung selama 10 tahun - ada kemungkinankah MESB akan menjadi domain company???). TGB sudah terkeluar dari carta AMD (dulu BOD) dan berada dibawah naungan Ventures.
sekarang ni masing2 tengah packing. ada yang akan berpindah ke blok baru disebelah blok sekarang, ada yang berpindah ke MMC opis dan ada yang akan mengisi ruang yang ditinggalkan di tingkat 12. kami tak kemana2 kut (oh.. cukuplah.. aku dah penat berpindah randah ni).

1 comment:

zino said...

asal masih bekerja kira ok lagi tu.. biar le berubah macam mana sekali pun..