Thursday, December 6

lagi pasal kerja...

sekarang jam 3.20am. sedari jam 2.00am tadi sudah terjaga. mata tak mahu lelap. golek kiri golek kanan masih tak mahu lelap. kepala dok pikir kerja2 yang tak selesai dan tak pernah selesai. selalu aku mengharapkan hari2 berlalu tanpa gangguan sebarang 'iklan'. tak de pertambahan tugas, tak de pertanyaan, tak de cari itu ini, tak de nak update apa2. pendek kata 'kedai ditutup sementara waktu sehingga pengubahsuaian selesai' hahaaa.

walaupun masa EEI briefing dah bagi tau overload kerja tapi masa tu HH tak de. AA tahun depan nak bersara, ada action ke tidak bukan masalah dia dah. aku plak berat mulut nak bercakap ngan HH. nak masuk bilik dia pun aku malas. aku lebih senang beremail2an dengan dia.

AZA pun satu. asal 'isu' tu besar sikit, sure pass kat aku. ini bukan membuatkan aku bertambah 'senget'... malahan mau tumbang terus dan tak bangkit2. aku tau laaa.. bab TBP nak pindahkan filing ke dept kitorang tak setel lagi. bila dah pindahkan nanti, lagi satu hal nak diuruskan. asal jangan berterabur mcm projek2 sebelum ni udah ler.. tunggang langgang!! haru biru bila aku masuk!!

slogan 'sape lagi nak buat kalau bukan aku' sudah menjadi beban pada diri. kena ler sedar diri pulak. dorang semua tu engineer, manager.. takkan laaa nak buat kerja2 'bodoh' gitu. dulu masa memula join, selalu aku dengar statement 'kerja bodoh' dari sue. dah lelama aku pun dah semakin matang dengan 'kerja bodoh' tu...

haiii mata... pergi laaa lelap. besok kang ngantuk. pening lalat. langsung tak bleh buat kerja. yang tertangguh bertambah2. yang tertunggak apa tah lagi. cadang nak cuti jumaat dan isnin. isnin confirm aku amik cuti cuma HH belum approve... muahahaha. tak pelah, masa tu dia kat algeria dah. jumaat ni tak pasti lagi. kena selesaikan urusan HH ke algeria dulu. dia berangkat sebelum subuh hari sabtu. bab souvenir nak bawa ke sana, endie yang uruskan. sebenarnya isnin tadi baru tau signing ceremony yang tertangguh akan dibuat ahad nanti dan selasa baru ada permintaan nak bawa souvenir ke sana. projek besar takkan nak bagi souvenir 'cekai'. sekurang2nya pewter. semlm endie kata engraving lambat siap. projek di algeria 'baby' baru HH selain yang di oman. 'baby' dia bermakna 'baby' aku ler jugak. next mungkin jordan. tolonggggggggggg!!!!!!!!!


pesanan penaja:
'bos, tiket tu jangan cicirkan lagi yer.. kang tak bleh balik plak'

3 comments:

Zareda Norman said...

bizi jugak ek!!

zino said...

bila sibuk boleh le projek menyelimkan badan hehe.. atau menambahh...

Anonymous said...

mana slimnya zino... bila tensen lagi kuat makan ada ler

zar, bizi ooooiiiiiiiiiiii