semalam dept kami ada sesi EEI briefing. satu survey dari agensi dilantik untuk meninjau pandangan staff pada syarikat, jabatan, pengambil alihan sykt dsb. survey ni diadakan beberapa bulan lepas. hasilnya terkeluarlah perbandingan kedudukan syarikat dengan syarikat lain di luar sana. perbandingan syarikat dengan division yang sedia ada.
dept kami top score. banyak kelebihan ler konon.. teamwork, innovatif bla bla walaupun ada juga beberapa kekurangan. dalam briefing semalam ada sesi mengali apa kelebihan kami supaya dept lain up mcm kami, juga sesi mengali punca kelemahan yang kami ada.
tak banyak diperkatakan pasal kelebihan, cuma harapan untuk mengekalkannya aje. sesi kelemahan yang berdentam dentum.
untuk satu part tu... berjaya juga aku menyuarakan ke'terlebihan kerja' yang aku hadapi sekarang. fuhhhh... kalaulah bos tahu yang kadang2 aku bawa balik kerja.
ada member yg meluahkan rasa tak puas hati... gaji dorang tak jauh beza ngan fresh graduate, ada yg minta 'appreciation' dan ada yang minta diadakan monthly gathering/meeting/outdoor activity.
meeting berakhir dengan sesi makan pizza... uhuuuu
Friday, November 30
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
so apa janji majikan? bonus nya berapa bulan hehe
makan lagi??
Post a Comment