Thursday, February 7

piknik




kami tak de planning hendak ke mana2 menghabiskan cuti tahun baru cina ni. minggu lepas kami dah balik sg besar, kampung halamanku melepaskan rindu pd orang tua sekali gus mengambil baju kurung sekolah angah acik yang dijahit emak.

entah macam mana terpacul dari mulut bf nak piknik kat air terjun batang kali, on the way nak ke genting. ok gak tu.

tanpa memberitahu rakyat jelata aku membuat persiapan senyap2. kalau dorang dah tahu kenalah sanggup menjawab soalan yang sama beratus kali. letih makcik oooiii. nasi lemak, nasi goreng, sambal ikan bilis, telur dadar, teh tarik sementara bf merinade daging kambing menggunakan rempah instant yang di beli di k4 hari tu.

bila barang2 dah disusun dalam bakul, rakyat moskil "kita ke mana ni umi? kita nak piknik ye? kita ajak ain nak?" memandangkan ain, anak buahku yang sorang ni, memang teror bab melipat kemah canggih kitorang, bf setuju nak ajak sekali. adik dia, amira pun nak ikut sekali. merajuk pulak kalu tak dibawa. nak tak nak berhimpit2 ler kitorang dalam kereta.

gedebak gedebuk lebih kurang jam 11 pagi baru kitornag berangkat. kami sangkut dijalanan sebab jem lama juga. akhirnya dalam pukul 1 petang lebih sampai juga tempat dituju. banyaknya kereta parking merata2 tempat. orang pun ramai. nak cari pot mana ni? cari punya cari dapat ler pot atas bukit. agak jauh sikit dari tebing sungai. bukan mcm di sungai congkak yang ada tempat untuk pacak kemah. tak tau ler kat bawah2 sana.
masing2 dah kelaparan. cepat2 kami membentang tikar dan menyusun makanan. lepas makan baru kami uruskan pasal kemah dan nak buat bbq.

sementara bebudak mandi, aku dan bf membakar daging. daging semata. tak de ayam atau ikan.

kata ain air sungai disini agak deras dan banyak batu besar.

naik mandi sambung makan pastu mandi lagi. begitulah seterusnya sampai nak balik.


2 comments:

zino said...

bes nya kat mana tu? nak kena beli kemah ni ..

Zareda said...

ambui BBQ tak ajak kita pun ek..