Gathering Sg Congkak lagi
Alhamdulillah gathering semalam berjalan lancar dalam suasana yang serba sederhana. sudah beberapa kali gathering kami kami diiringi hujan rahmat. semalam begitu juga.
Aku tiba lebihkurang jam 11 pagi. Zar dan kak Ungku dah lama menanti di beranda chalet sewaan kami. Selepas bersalam2an dan berbual seketika kak ngah dan kak cik tak sabar2 hendak terjun sungai. Aku menuruti dari belakang. sesekali menguis2 kaki merasai kenyamanan air yang dingin. Seronoknya kalau dapat mandi bersama mereka.
Acik dan kaum kerabatnya termasuk mertuanya, Wan dan Zino seisi keluarga meramaikan lagi umat2 yang semakin ramai di sana.
Setelah semuanya berkumpul upacara meniup lilin oleh Wan diiringi ngan lagu harijadi (terbalik hehee). Tak pelah janji semuanya selamat. 2 bijik kek hasil nukilan Secret Resepi tidak sabar2 untuk dinikmati bersama. Pelbagai juadah dibawa masing2.. Agak lambat juga ikan2 dan makanan tengahari disediakan.
2.30 masing2 sudah berkira mahu pulang. Terima kasih banyak2 pada teman2 yang sudi meluangkan masa hadir ke perjumpaan ini. Semoga majlis ini akan mengeratkan lagi silaturahim diantara kita.
DIARY BONDA
Hari ini tamat sudah siri pertama pembacaanku. Selepas ini akan akan menyusul DIARY BONDA 2 pula. ada 4 siri semuanya. masing2 setebal 500 muka surat. Kisah benar penulis mengenai kesusahan dan kepayahan menjaga anaknya, Siti yang diserang penyakit ganjil dalam masa yang sama menjaga suami yang berpenyakit jantung. Dugaan demi dugaan datang menimpa. Godaan dari Sani tidak pernah surut. Berbagai cara dicuba selagi tidak menjejaskan akidahnya. Semasa di hospital bersungguh2 Anie memohon kepadaNya agar segera disembuhkan penyakit Siti.
adakah aku akan setabahnya andai aku berada ditempatnya? terkenang pada wan.. alangkah bagusnya kalau wan juga menulis novel seperti ini untuk tatapan semua. kita sudah biasa mendengar isteri menjaga suami yang sakit. tentu berlainan pula kisah suami menjaga isteri yang sakit..
Monday, April 19
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment