Monday, June 21

AnGiN

Melor Diary
Melor Diary

tadi aku sampai opis gitu ler keadaan sinki kat pantry ni.. bekas putih tu sebenarnya diisi ngan bihun goreng yang ditapau dari HQ lepas gathering minggu lepas. lepas makan bekas2 kosong tu ditinggal atas meja makan. aku ler yang kemaskan dan kutip cawan2 dan pinggan mangkuk ke dalam sinki. maka begitulah hasilnya sementara menanti cleaner datang membersihkan.

dan selalunya aku jugalah yang mengelap sisa2 tumpahan milo gula dan segala bagai di atas kabinet.

tak tau nak geram kat sape.. kat bebudak jantan tu ker?? almaklumlah aku perempuan melayu terakhir di opis ni selain sorang perempuan cina juga yang terakhir.

bos geram

mungkin juga bos geram kat aku dan papa ed.

1) surat lawyer RDL yang aku terima khamis lepas, pi lambak dalam try filing. pantang semak sikit atas meja, mesti nak segera dikemaskan makanya surat yang begitu penting pun jadi tak perasan dah.
sungguhhh aku tak perasan akan surat tu.. nasib baik aku dengar bos cakap yang penting tarikh penerimaan, dorang dah fax surat tu lama ke hq, awat baru la ni kitorang terima

2) pi cop received surat bertarikh semalam ie 20 jun 2004. ihikksss bos tegur 20/6 tu semalam, hari ahad.
mamai lagi kah aku?? weihhh bangun.. bangun.. matahari dah tinggi

3) papa ed punya report bulan ni tapi isi bulan lepas punya. nasib baik sempat tahan dari terus sampai ke big boss w/pun dah sampai ke hq. papa ed ada training di LPP. kalau ikutkan boss dia suruh tarik balik semua report, tukar dan submit balik. tapi aku cadangkan supaya diemail sahaja text, print dan tukar mana2 yang perlu.
Elyna berjaya menghalang jay dari menyerahkan report ke hq. yang aku plak terkial2 berurusan ngan zarina untuk urusan yang sama. rasanya ada masalah komunikasi di sini. dah berjaya awat tak habaq. aku risau email tak sampai2...

4) esehhh mannn!!! server tak jalan ker?? baru call zarina tanya email dah sampai ke belum... mmm belum lagi katanya. apa dah jadi ngan server ni.. tadi berurusan ngan rozana, tak sampai juga email. sebelum tu ngan ms tan pun masalah yang sama. tapi beremailan ngan consultant SZC, buleh pulak. may be ada masalah dalaman tu..
rupanya hq mempunyai sistem tapisan email yang kuat. sebarang email dari luar akan ditapis sebegitu rupa sebelum dilepaskan ke penerima. patut ler email dari TGB yang ku hantar tadi lambat dapat. sekarang ni aku menggunakan email TGB, hanya sesekali log in as MB. untuk memudahkan urusan tadi, terpaksa log in as MB.. mmm memang jelas kepantasannya. lebih2 lagi dihantar untuk internal.

No comments: