Friday, June 18

bila nak diet nih???

sempena bday big boss tadi ada makan2.. kali ni kitorang amik pot dalam miting room tu sendiri tak cari pot lain. cadangan awal nak lepak kat tingkat 13, meja bulat sepeninggalan kitorang dulu atau kat pantry tingkat 12.

memandangkan makanan banyak agak melecehkan nak berulang alik mengangkut. memang trend kitorang mengambil makanan untuk geng2 sekalian. masing2 mengambil beberapa jenis.

memula kitorang parking makanan kat sudut meja miting room.. last2 kitorang decide nak duduk terus kat situ kerusi pun ada.

tengah2 enak makan entah macammana terpacul kata2ku nak berdiet. ada yang kata "tak payah laaa". "ishhh badah dah naik larr.. kena diet". tak perasan plak tika sebut diet tu tangan dok mencicah sate ke kuahnya. ekekk gini kate nak diet??

ishhh terasa rugi plak tak habiskan air sirap selasih tadi..

apa pun puding waterchase nut memang enak. aku tapau tuk diri sendiri selebihnya aku tapau bihun goreng dan popia goreng tuk adik2 trainee.

awat bos tadak tadi? rupanya lepas mgmt meeting dia terus cabut pi amik ubat.. tak sehat!! ekekkk kesiannya..

No comments: