Siaran Tertunggak
percaya tak Jumaat lepas 3 x aku buat lintas langsung ke mid valley terutamanya Jaya Jusco. kira bernasib baik laa pagi tu bos ada miting kat hq maka dia memang tak masuk. di opis hanya ada beberapa orang staff kitorang selainnya trainee dan staff RPSB.
pagi2 dah kedengaran riuh rendah bunyi wisel penjaga parking. alamakkkk!! ni mesti jalan jem.. aku bak cacing kepanasan, tak sabar nak ikut sama menyerbu. berkali2 talipon zura ajak berurusan di sana. memula dia nak keluar kol 12.. ishhh lewat sangat tu. pujuk punya pujuk last2 kitorang keluar pukul 11 lebih. ya Allah!! baru pukul 11 pagi, dalam JJ dah sesak dan padat..
melihat tag 30% 50% 70% bergantungan membuatkan aku begitu eksited nak menjelajah.. 1st sekali aku tuju travelling beg. nak cari beg yang paling besar sekali. nak jalan jauh ni kenalah bawak beg besar tak mahulah macam tahun lepas. rasa cam menyusahkan mana nak mengawal anak2 lagi mana nak tolak beg lagi. last2 beg kitorang jadi cam orang siam berjualan bergayutan barang diikat di sana di sini. serik rasanya..
bila dah amik beg besar, nak survey barang lain dah susah terpaksa diangkut kehulu kehilir. alahaiii!! dah dapat barang nak Q lagi satu masalah.. punyalah panjang!!
dalam bersesak2 tu terserempak noky, geng dari hq. rupanya member siap amik cuti. malah rakan2 di hq ramai amik cuti dan half day. agaknya shopping sampai lupa nak balik opis.
petang, bos tak masuk ada appointment di luar. hehee bleh ler 2nd round lagi. pukul 4.30pm lepas gi opis RJ hantar dokumen, sekali lagi singgah di JJ kali ni beli groceries. keadaan sesak di merata2 tempat. pilihan di supermarket tak brape banyak berbanding ngan K4. kol 5 lebih bpren coling2, on the way nak ke mid valley. lorrrr dia pun berminat nak turut serta bersesak kat sini.. nampak gaya kena hantar barang2 balik opis dulu sebelum menyertai bren buat kali ke 3 hehee. inilah untungnya opis sebelah shopping complex.
dulu masa kat Shah Alam opis sebelah Alam Sentral pun tak sehebat ini. mungkin masa tu The Store baru buka dan banyak kedai2 kosong lagi.
Monday, June 28
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment