Wednesday, June 30

banyak perkara terjadi banyak cerita berlaku... tak tahu yang mana satu mahu dikeluarkan dulu.

kita cerita pasal bos ajelah yer..

minggu lepas sehabis miting bos terus minta dibookingkan tiket ke jb. sebelum tu aku bagi dia flight schedule, suh dia pilih nak flight mana satu.

beberapa hari pastu sec MD plak call mintak dibookingkan tiket yang sama tuk bos dia. okeilah segalanya berjalan lancar hinggalah sehari sebelum pemergian mereka.

bos mintak aku senaraikan nama cos dia nak mintak kontraktor arrange pick-up dari airport ke site office. tanya punya tanya ada satu group tu amik flight terkemudian dan pulang lewat. dah bos chase aku suh tukar same flight ngan dorang. bos kata pulang tak sama tak pelah.

pagi, sehari sebelum keberangkatan travel agen dah call nak issue tiket. aku kata ok sbb bos tak komen apa2. alih2 tiket dah keluar baru bos mintak tukar.. bising travel agen tu. masalahnya aku kena berurusan ngan seketeri COO sbb bos dia pun kena tukar sama. aku tak bleh tukarkan sbb dia booking dari agen lain.

flight pergi dah setel. tak lama lepas tu bos call lagi suh tukar flight balik. lagi sekali kena berurusan ngan travel agen dan sec COO.

ingatkan dah habis takat tu... rupanya tak setel lagi. tengah2 aku berurusan di MB tuk cabutan bertuah familyday bos koling2. ishhh!! apa hal plak ni.. tak habis lagi ker???

rupa2nya nak mintak tukar flight. nak balik kol 4 seperti jadual asal. memula dia kata tuk dia dan sorang bos di RP. nama penuh orang tu dia tak tau plak. call travel agen, tuk bos lepas tapi kena duduk kat ekonomi class. tuk bos RP, orang yang booking kena call sendiri. tak taulah ini prosedure atau apa.

disebabkan bateri tinggal 1 bar, balik opis baru aku uruskan segalanya. dah selesai bab itu. selang beberapa minit bos call mintak ditukarkan tuk 2 bos lagi. alahaiii ape ler bos ni buat satu2.. call sekali jalan kan senang cerita. dah setel yang itu lagi sekali bos call suh tukarkan tuk 3 lagi bos. apasal bos tu tak call seketeri memasing. ni aku gak yang kena...

tengah2 syiok bergayutan ngan geng, bos call lagi. uuwwaaaa!!! rasa nak nangis aku masa tu.. apa lagi ler masalah niiii..

rupa2nya bos punya tiket disahkan waiting list.. macammana orang lain punya lepas bos punya sangkut?? bila cek ngan travel agen, bos punya dah konfirm.. macam mana kaunter kata waiting list. membebel bos suruh aku 'fire' travel agen hehee. nasib baik ada orang tak datang dapat ler bos masuk. kalau tidak keciciran dia sensorang kat airport.



No comments: