Monday, July 12

ahaksss!!! tengah hari jumaat seperti yang dijanji2kan satu perjumpaan antara aku dan nett telah berlangsung di mid valley. tak lama sekejap aje.. bila dah bertentang mata lidah kelu nak berkata2 walhal ada banyak soklan cepunas nak dikeluarkan.

beberapa hari sebelum tu kami bersms. elehhh minat ler konon!!! net.. net..!! aku tak sempat nak masuk blog dia sebagai persediaan menghadapi orangnya.. kut salah orang tak ker naya aku..

katanya datang sorang, pakai baju hijau tudung putih tunggu kat padini. ishhh mana kedai padini nih?? aku blurr.. kalu jj, metrojaya atau k4 memang dalam tangan. sambil berjalan aku call dia.. "akak pakai baju biru" hehee

beberapa minit aku melanggut kat kerusi ditiang besar tak jauh dari MPH. mana ler orang berbaju hijau tudung putih ni?? tak lama lepas tu berdiri 2 orang gadis disebalik tiang. ishhh kata sorang.. ni berdua pulak.. lantas memperkenalkan diri "saya nett.. ni Amyz" lorrr aku pun terkena jugak... amyz rupanya yang berbaju hijau tudung putih tu sementara dianya berbaju satu sut hitam... cisss!! tipah tertipu.. same ler kita.. aku pun sebenarnya berbaju merah kononnya nak meninjau dikejauhan camne rupa orang yang berbaju hijau tu.. hehee

maka, buku2 seberat 10 kilo (agak aje..) pun bertukar tangan hasil kiriman iwan untuk nett.

semalam

seperti biasa bawa rakyat gi pasar. tadi bfast nasi goreng udang kering ngan ayam goreng. ari ni tanak beli barang bebanyak cukup sekadar untuk dimasak hari ni. beli udang kertas setengah kilo RM20, 3 ekor ikan kembong, seekor ayam kampung dan sayur2an yang pelbagai. hari ni kita meratah lauk dan sayur aje yer!!

baru sampai pasar bebudak dah bising ajak balik. dorang tu kalau ada projek kat rumah liat betul nak ajak berjalan. petang hujan pulak tu.. memang enak kalau melayan mata. yang lain semua dah selamat melayari mimpi tapi aku lebih senang ngan ngan urusanku. ada cadangan nak melawat kayan, dah memasing bangkit lewat malas pulak. tertangguh lagi nak jengok NIK AMEERA. kami hanya meronda2 dalam kereta sambil menunggu masa nak amik baju dikedai dobi. tugasan mendobi dah lama diserahkan ke kedai. tak larat nak mengosok baju yang kian bertimbun sedangkan masa di rumah amat terhad.

tu pun, bpren kata adik dia sekeluarga cadang nak singgah kalau jadi datang kl. tunggu punya tunggu tak de.. agaknya tak jadi kut. kalau dorang datang aku kena masak lebih sikit dan kena buat hidangan petang. maklumlah kalau dah beramai2 ni selera makan mencanak2.. apa aje yang dihidang semua habis dimakan.

No comments: