Tuesday, July 13

sejak kebelakangan ni aku kerap balik dari opis ke rumah naik teksi. bukan apa tak sanggup nak tunggu bpren jemput.. hari2 lewat. sampai rumah jam 8 malam tika orang lain sedang enak menjamu selera dan bergurau senda bersama keluarga.

kalau sampai rumah terus duduk menanti makanan dihidang tak pelah juga. semua kerja harus dibereskan. mana nak nengok rakyat buat kerja rumah lagi. kain baju usah cerita laa.. dah macam gunung kinabalu.. nak mencari baju sehelai kena punggah dulu baru jumpa.. kesian kann!! pinggan mangkuk di sinki bertimbun. amik satu cawan lepas minum letak dalam sinki, amik pinggan lepas makan letak dalam sinki. sape yang tukang basuh?? aku jugakk...

kalau sebelum ni waktu kerja bpren bleh diadjust sbb keje ngan kompeni melayu. ngan kompeni sekarang ni lebih strict sikit sbb kena ikut budaya kerja dorang yang selalu balik lambat (bukan melayu laaa).

teksi di mid valley ni bukan satu masalah besar melainkan hari hujan.. jalan pun jem tentu teksi tak banyak masuk sedangkan barisan bertambah panjang.

minggu2 pertama, bila masuk teksi dan beritahu nak ke pantai dalam.. tanpa banyak soal terus meluncur laju menuju haluan melalui flat sri putra, jalan abdullah hukum. entah kenapa sejak kebelakangan ni banyak pulak driver teksi yang keliru arah. ada yang bawa ikut kg kerinci, ada yang bawa ikut hiway baru melalui lorong seputih dan yang terbaru iaitu semalam driver tu bawak ikut brickfield... alahaiii awatt niii!!!!

memula ingatkan dia nak masuk ikut lorong seputih, rupanya terus membelok ke kiri ke arah brickfield. "awak nak ikut jalan mana ni? ingatkan awak nak ikut lorong seputih masuk terus ke hiway" "oh iya kaa.. sorry aaa saya tatau situ ada jalan..." dalam hati aku gggrrrrr.. bangangnya. tak pepasal aku kena bayar tambang sampai RM5 yang biasanya dalam RM4++ aje gitu.

paling aku respek kat sorang drebar teksi yang berpangkat apek. umur dalam lingkungan 70 tahun lebih. bersembang2 dalam kereta dia menggunakan bahasa baku laaa.. hehee aku malu sendiri. bila aku kata "waaa apik still strong aaa" dia kata "bukan strong tapi sehat". "apa petua apek kuat dan sehat sampai sekarang?" "saya mana ada petua, saya makan macam2.. nasik lemak, laksa.. sedap apa.. rugi kalau tak boleh makan" hahaa aku gelak dalam hati mentertawakan diri sendiri.. orang sekarang muda2 dah kena berpantang makan macam2. "kenapa apek tak mau duduk rumah, rehat ke main2 sama cucu ker?" "tak mau la duduk rumah nanti NYANYOK" hahaa lagi sekali aku mengelakkan apek ni ngan statement NYANYOKnya.

No comments: