Monday, July 19

Alahaiiii nape ler ngan aku ari ni… mengong pulak… pagi tadi dah masuk kereta baru perasan hp tertinggal kat rumah. Kalu nak masuk balik pi amik sure kena bebel nanti dah ler jam menunjukkan ngam2 pukul 8 pagi. nanti merah pula punchcard bpren kalu lewat. Dalam hati berharap tak de pesanan penting. Sebenarnya ada banyak pesanan penting ; bos call asik tak dapat, edily e/l pun aku tak tahu.

Rasanya hari ni tak seceria hari2 sebelum ini. Kenapa ekkk?? Adakah sebab Zarina sudah terkeluar?? Terkejut jugak la aku lepas dapat balasan sms dari asli. Memang aku terkilan sesangat walhal aku bukan pernah hantar undi pun. Iyelahh kalau nak keluarkan pun biarlah orang lain... namun begitulah ketetapan dalam AF.

Hari minggu tadi kitorang balik kg. Bpren sampai rumah jam 4 petang sabtu tu. Kalau ikutkan aku malas nak balik dah. Rasa sekejap sangat nanti. Rakyat eksited nak tahu kemana haluan. Saja tak mahu bagi tau dorang awal2. berangkat dari kl jam 5 petang tanpa henti. Along beberapa kali merungut kelaparan. Tu ler sape suruh tanak makan nasi. Dia hanya makan roti ngan tuna aje. Tiba kg lebihkurang jam 7, lagi beberapa minit nak magrib. Ayah risau kitorang tak sampai2 dia ingatkan kitorang bertolak pagi.

Pagi ahad, aku ngan bpren pergi pasar. Rakyat tinggal ngan nenek dan atuknya. Aku tak tau nak masak apa. Tak de planning yang menarik. Dalam kepala hanya nak mencari telur ikan yang bijik2 besar tu aje. Cari punya cari jumpa seketul.. telur ikan tenggiri ada banyak laa. Alahaiii mana cukup sure berebut ngan along nanti. Susah nak cari punya pasal, aku beli gak yang seketul tu.

Maka menu hari ahad adalah ikan pari bakar, ketam masak lemak, bawal masak masam manis dan kacang buncis goreng. Telur ikan aku campur sekali dalam kuah masak lemak. Kuah ku didihkan dulu jadi tak delah takut telur pecah dalam periuk bila dikacau atau terkena duri ketam. Tapi paling bes makan ketam laaa... begitu terasa kesegarannya. Kalu ikan kembong goreng tu kitorang ratah gitu aje. Sesekali jadi kucing apa salahnya. kat kl susah nak rasa kembong manis dan segar. Patut ler bpren nak balik selalu bila ada kelapangan. Hari ni kembong tak ku goreng sbb ingat nak bawa balik kl tapi kelupaan pulak.

dan hari ni pulak secara tiba2 nak pi urut kaki. sampai depan kedai tak jadi pulak.. maka melilaulah aku ke merata2 tempat tanpa arah tujuan. esok hari jadi angah acik yang ke 6 tahun. tatau nak bagi apa. nak belikan barang kemas macam zar.. emaknya pun tak pakai barang kemas. bpren dah beli sikit goodies tuk kekawannya di tadika dan balik nanti nak booking kek. biar diaorang celebrate ngan kekawan sebagaimana kekawannya yang lain.

No comments: