Wednesday, July 21

~~ sukarnya hendak menelah hati orang tua ~~

ayah kata orang kg sudah tak sukakan dia. orang kg hanya mahu memerah tenaganya tanpa memikirkan keadaan dirinya. kecewa benar nampaknya dia hingga bercadang nak pindahkan rumah.

ayah kata semua orang tak mahu jadi imam dan baca tahlil bergilir2 di surau. apa yang ayah mahu adalah giliran. bukan tak de yang berkelayakan. bukan tak de yang berkebolehan. ayah tahu ada yang lebih tinggi pengajiannya dari dia. tapi semua tak mahu.. semua mahukan ayah.

kalau sebelum ni ayah bergilir2 ngan seseorang yang dipanggil 'imam'. selepas 'pemergiannya' ayah tiada teman giliran.

ayah kata dia mangsa fahaman politik walaupun dia bukanlah penyokong kuat parti tu. mmm entahlah.

kalau ada kenduri kendara di surau, ayah akan jadi tukang masak atau ketua dapur. kadang2 ayah menolak sbb dah tak larat nak kehulu ke hilir menjaga anak buah. kadang2 ayah dipanggil memasak di masjid, kadang2 dipanggil menolong kariah sebelah. ayah kata dia dah letih. namun tak de sape yang faham dia.

kekadang terfikir.. kenapa begitu mudah tersinggung hati tuanya. khidmatnya masih diperlukan selagi kuderatnya ada. barangkali mereka kena beri ayah sedikit ruang untuk melepaskan lelahnya.

No comments: