Thursday, July 1

kebarangkaliannya hari ni aku terbz sedikit. ada beberapa tugasan perlu diselesaikan sebelum mula bercuti esok hingga selasa depan. esok pagi kami akan berangkat ke kuching sempena hari keluarga kompeni. sepatutnya kami berada di sana hingga ahad tapi aku tambah lagi satu hari bagi sambil mencari peluang mencuri mata sebersih2nya.

dijadualkan menaiki ERL dari stesen KL sentral jam 8 pagi. flight berangkat jam 10.10am. ada temu janji ngan GEJU kucing, harap2 tiada aral melintang juga beberapa projek yang diharapkan tidak terbengkalai atau hangat2 taik ayam aje.

packing baru dibuat separuh jalan. semalam pulang lewat.

pagi2 tadi angah dah mengamuk tak nak pergi sekolah sbb ingatkan nak bertolak hari ni. budak2 biasa ler eksited nak berjalan. along dah suruh aku stat paking semalam... tak sempat daaaa!! mana2 yang tak cukup tu beli kat sana ajelah. aku dah stanby sabun basuh kain kalau kain baju tak cukup hehee.

keilah.. nak gi bfast dulu. adik kacakku dah koling2. lama tak nyembang sama katanya. opsss kacak tu adik trainee di opis ni. chow dulu yer!!! nanti ada kesempatan akan dipostingkan lagi...

No comments: