sabtu, bpren tak pegi kerja. di rumah dia tolong aku buat kerja2 yang biasa aku buat. basuh baju sekolah (celup2 aje), sental kasut sekolah. tugasku hari tu hanyalah mengemaskan rumah dan menyediakan kain baju nak dibawa balik kg.
kami planing nak ke sg tengi rumah sepupuku kawin. kali terakhir kami ke sana beberapa tahun dulu, pun sempena majlis kawin sepupuku. dengan tak de panduan jalan mahupun alamat, kami pakai redah aje. nak tuju tg malim dituju gedangsa. punya jauh kami tersesat. tiada talian talipon dimana2. susahnya!!. setelah meredah kesesatan dan bertanya akhirnya sampai ke tempat dituju. mak dan ayah hampir berangkat balik rumah. sepupu2 yang lain sedang berkumpul mahu pulang.
ahad, ke kenduri kawin jiran sekampung di kampung halaman.
petang, dalam perjalanan balik kl sepupu bpren call beritahu emak dan adik beradiknya dari pasir mas ada disini mahu datang makan malam di rumah kami (dia call hp aku). bila aku beritahu bpren dia mencebik, macam kurang setuju. nasib baik memang kami tak de di rumah kalau tidak entah apa alasan aku kena bagi pada sepupu dia. dorang ni ada masalah keluarga. aku tak campur tangan. hanya mendengar itu pun kalau diberitahu.
Monday, March 7
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment