Wednesday, March 9

sunyi pintu tak jadi pindah....

di opis 15/?? staffnya ramai tapi sunyi. masing2 bz buat kerja atau pasang walkman di telinga. sesekali kedengaran suara mereka berbincang atau bersembang2 di pantry sambil melayani tekak.

di opis baru ni tak kurang bezanya. dah ler tak ramai orang, opis sunyi sepi. seram? tak de pulak.

disebabkan butang nak buka pintu utama terletak di meja seketeri berhadapan bilik Ronnie (wakil tunggal RP di level ni), aku bercadang mahu berpindah ke situ pagi tadi. ruang bekerja agak luas sedikit dari tempatku sekarang. senang nak melihat tetamu yang datang dan terus tekan butang kalau ada yang nak masuk.

sedang aku mengemaskan barangan yang ditinggalkan, arshah dan arnik (IT dari hq) sampai nak install drive scanner. arshah kata pc baruku akan tiba dalam masa 2 minggu lagi jadi scanner yang besar bagak boleh diconnect ke pc lama (pc sekarang). sementara menunggu pc baru sampai, aku rasa elok dibiarkan saja di meja asalku tanpa perlu dipindahkan biar aku yang berpindah dulu tanpa ada pc di meja baru. alih2 bos bersuara, dia lebih suka aku duduk didepannya daripada duduk depan Ronnie. nanti tetamu yang datang ingat aku ni seketeri Ronnie bukan dia. heheee bos ni.. ari tu dia jugak yang setuju aku pindah depan bilik ROnnie. alih2 ari ni dia tak setuju pulak.

kamera ada dipasang depan pintu masuk utama supaya semua orang boleh tengok siapa yang datang. sekejap lagi Nash (dari agensi luar yang di bayar untuk servis IT) akan set up kan program tu. lepas ni sesiapa saja boleh bukak pintu dari tempat masing2 kalau ada tetamu. masalahnya sekarang butang untuk semua orang buka pintu belum dipasang lagi cuma boleh view dari pc sahaja

sekarang ni, setiap kali ding dong berbunyi aku kena berlari ke butang pintu untuk membukanya atau buka terus dari pintu masuk utama.

No comments: