Thursday, October 21

Appraisal

esok hari terakhir menyiapkan PDR. dah berhari2 cuba menyiapkan tak siap2 juga. nak create form satu hal. setiap tahun macam tu dan setiap tahun juga bersengkang mata membelek manual cara2 membuat borang penilaian. salah langkah setiap yang ditulis akan hilang tanpa dikesan.. tak pasal2 kena buat yang baru.

bos plak asik panggil nak tanya itu ini macam la aku ni teror padahal nak buatkan untuk diri sendiri pun terkial2.

sistem penilaian kitorang dibahagiakan ke 2 bahagian yang meliputi penilaian secara 360 darjah. bahagian pertama kita menilai diri sendiri dan teman2 setugas termasuk bos, teman sejawatan, pegawai dan orang bawahan. setiap orang diberi peluang menilai orang lain melalui perlantikan yang dibuat oleh bos atau HR. tahun ni aku kena nilai 7 orang termasuk diri sendiri. bahagian pertama mudah sikit. soalan dan jawapan sudah disediakan hanya klik2 dan siap. bahagian ini menyumbang 40% kepada markah keseluruhan.

bahagian ke 2 adalah penilaian bos terhadap kita. bahagian ke 2 ni yang kena create form dan isi. isinya pula merupakan tugas2 yang dilakukan sepanjang tahun. bila dah siap diisi bos akan panggil sorang2 untuk interviu dan diberi markah tentang tugasan kita sekali gus merekomen kenaikan pangkat sekiranya perlu.

sesudah interviu, proses penilaian dikira selesai dan masing2 akan diberi salinan untuk rujukan sendiri di masa akan datang. lain bos lain caranya. ada yang tak panggil staff interbiu pun jadi ada yang tak tahu apa komen bos terhadap dirinya.


2 comments:

Zareda Norman said...

Melor
appraisal bagus banyakler dapat bonus kan.. hehhehe

melor said...

juita, keputusan appraisal ni nanti akan menentukan bonos & kenaikan pangkat. proses yang sama akan berulang setiap tahun. tak de appraisal tak delah kenai pangkat atau bonos. keputusan tahun lepas atau tahun2 sebelumnya tak boleh diguna pakai lagi memandangkan prestasi kerja dan tanggungjawab kita mungkin berbeza dari tahun ke tahun. kadang2 bos pun tak tahu apa tugasan kita. pandangan teman2 sekerja perlu untuk keadilan.

kita tak tahu siapa yang ditugaskan untuk menilai kita selain bos dan hr kerana segalanya adalah rahsia. namun masing2 tahu yang setiap orang akan menilai dan dinilai oleh orang lain samada dari dept sendiri atau dept lain.

sistem ni baru dilaksanakan beberapa tahun yang lepas. disebabkan setahun sekali aje buat, tu yang masing2 lupa.

"The SAP system has been programmed to meet Malakoff’s unique requirement :

* Employee can be Appraisee & Appraiser
* System access is restricted based on the employee’s role"