Monday, January 10

sabtu, baru ada kesempatan ke globe di jalan TAR mencari pakaian sekolah along. beli 3 pasang lagi untuk menambah stok yang ada. tali pinggang untuk along, pakaian sukan dan 2 buah beg beroda untuk angah dan acik dan gam untuk acik (baru seminggu bersekolah sudah kehilangan gam).

selepas meletakkan barang2 tersebut dalam kereta kami ke sogo semula meninjau2 kut ada barangan menarik untuk dibeli. aku membeli 2 helai blaus. satu berwarna hijau pucuk pisang dan sehelai lagi berwarna coklat cair/kuning (warna tu lagi??).

malam tu kami anak beranak ke tupai2 untuk makan malam di sana. walaupun orang ramai kami masih mendapat tempat di bangsal (errr orang panggil bangsal ker??). kali pertama merasa udang dimasak ngan air kelapa ala2 tomyam. anak2 seronok menghirup kuahnya yang enak, manis dan sedikit pedas(udangnya tak delah fresh sangat).

disebabkan melayan anak2 makan dulu, mak bapaknya tak senang nak menyudahkan makanan. anak2 mula berkeliaran turun naik tangga dan berlari2 diruang makan sana. nasib baik duduk di situ, ada sedikit privacy untuk kami makan dengan cara tersendiri.

ahad, bpren ke pasar bersama along. pesan mintak dibelikan cili merah. terkejut aku tika membuka plastik sayur. "ni cili merah ker apa ni.. apasal pendek2?". lain benar pesen cili merah tu.. kontot2 sebesar jari kelingking.

cili merah tu ku blender bersama bahan2 mentah yang lain untuk dibuat masak merah. bila dimakan masing2 tengit kepedasan. rupa2nya itu cili api besarrrrrr (cili api bonsai laaaa). walhal aku hanya masukkan 9 biji sahaja kalu berbijik2 langsung tak larat nak makan.

nasib baik ada kari daging tetel, ada pilihan untuk lauk lain.. tu pun terasa pedas sedikit sebab ku letakkan 3 biji cili tanpa potong sebagai hiasan.

petangnya kami ke nurseri pokok2 di sg buluh tak jauh dari LGM. nak letak pokok dalam rumah.. haiiii berapa lamalah agaknya pokok tu mampu bertahan.

Melor 
<br />Diary
anak bujangku main masak2. ada sekali tu along dan acik berkongsi peralatan memasak.

1 comment:

Zareda Norman said...

melor, zar pun tak suka cabai tu, org panggil cabai siam. Tak lemak pedas merengit. Zar suka cabai burung kalau buat masak lomak cili api.

Lama tak singgah sogo.. windunnya (lama apa, jumaat lepas baru pi.. ahaksss)