Wednesday, January 12

Melor 
<br />Diary
lantai pakir di bilik tidur utama (rumah kajang) yang rosak akibat saluran paip bocor

Melor 
<br />Diary
cili bonzai - belen masak memasak ari tu

Melor 
<br />Diary
kad jemputan kawin dari seorg yg bergelar datuk. err sekarang dah tukar format ke walau isteri ke berapa tetap bergelar datin??? ini isteri ke 3 nya.

~ angah acik ~

selama seminggu bpren hantar dan jemput ke sekolah. isnin, tibalah masanya naik bas/van sekolah mengambil alih. hari pertama dek keseronokan naik van, bila tiba depan rumah dorang tanak turun. si driver van selaku tokei van yang tinggal satu kawasan ngan kitorang, bawa dorang sampai destinasi terakhir barulah hantar semula turun depan rumah. bpren yang pada awalnya menunggu di pot bas kalut sedikit bila anak2 yang dinanti tak kunjung tiba. risau juga entah kemana sesatnya bebudak tu.

hari ke 2 iaitu semalam.
setiap isnin dan jumaat, bebudak darjah 1 akan dijemput dengan van sementara hari lain dijemput menaiki bas. semalam naik bas, drivernya orang lain bukan tokei. sama macam kes hari pertama. sampai depan rumah tak mahu turun. nak ikut ronda2. bpren yang memerhatikan dorang naik bas terpinga2 bila bas menurunkan penumpang dan berlalu tanpa anak daranya. segera di call tokei minta pengesahan anak daranya masih ada dalam bas. sah memang ada!!!

dalam bas nak duduk berdua aje, mentang2lah besar sikit dari budak darjah 1 lain.

hari ni aku tak tahu macam mana dorang tu.




No comments: