Friday, January 28

semalam kepalaku berdenyut lagi kali ni bukan migrin cuma sakit kepala biasa (mlm semalam aku tidur lewat).

tengahhari semlm sengaja lunch awal supaya dapat peluang tidur. tengah syiok tido di surau bpren call. ishhh kacau laa dia. selesai bercakap sambung tidur semula. terjaga semula jam 2.30pm. apasal tak de orang ketuk pintu hah?? tak de org nak sembahyang ker? surau kitorang unisex sementelaah aku sorang aje pompuan melayu. agaknya dorang sengaja bagi peluang kat aku 'sembahyang' dulu kut.

bangkit tidur denyutan di kepala terasa kurang sedikit.

petang, sesampai dirumah kepala mula berdenyut kembali. kalau boleh mahu dielakkan mengambil sebarang ubat2an. aku berbaring sambil melelapkan mata seketika. makin lama makin tak tertahan kesakitannya. akhirnya ku telan sebijik ubat sakit kepala yang dr bekalkan sebelum ni. masih belum lega lagi. ku ambil sebiji ubat lagi dengan harapan akan segera hilang kesakitan.

tak lama kemudian tekak rasa meloya. itu angin kus kus sudah mau keluar. segera aku berlari ke bilik air dan terus uuuweekkkkk!!!! habis segala isi perut diluakkan, lauk pauk dan sayur2an yang tak sempat hadam bertaburan di lantai bilik air.

bpren yang tika itu belum pulang segera ku talipon memberitahu keadaanku.

sementara menanti brpren tiba, aku terlelap disofa tanpa menyedari maghrib sudah menjelang. kalau mak ada tentu aku dah kena sergah tidur diwaktu sebegitu.

malam, kesakitan sudah berkurangan sedikit kesan ubat yangku makan. dikesempatan yang ada aku melayan anak2ku membuat kerja sekolah masing2.

sekitar 9.30malam, mataku tak berdaya nak ditongkat dah. terus ke tempat tidur melelapkan mata.

12.00 tengah malam, terjaga. perut terasa lapar. nasib baik bpren ada masak nasi dapatkan aku makan berlaukkan asam pedas daging, lauk yangku masak semalam. bpren tengah mandi tika itu selepas menyelesaikan segala tugasanku yang tertunggak.
kasihan dia.... nasib baik sedia membantu kala isterinya tidak berdaya melakukannya.

yang sebenarnya masalah sakit kepala akibat kurang tidur ni baru sekarang dirasai. agaknya inilah bahana terlalu banyak tunggakan tidur. dulu2 ketika sikembar baru dilahirkan hinggalah mereka berumur 3 tahun, tidurku memang tidak menentu. kerap sangat mereka terjaga malam. nak susulah.. terberaklah.. tukar pamperslah. semua aku lakukan sendiri tanpa bantuan sesiapa.

menjelang 3 hingga 5 tahun kekerapan terjaga malam berkurangan sedikit demi sedikit. namun penangannya, pantang sekali aku tak cukup tidur.. esoknya pasti dia akan attack kepalaku.

No comments: