Monday, October 17

13 Ramadhan

besnya orang balik kg... kitorang dah balik kg minggu lepas. jadi minggu ni giliran berbuka puasa di kelang rumah adik ipar pada hari sabtu. kami keluar lewat sbb nak menapau sedikit juadah berbuka. tiba sana dah bang maghrib. besnya makan ramai2 sambil berebut makanan ngan rakyat seramai 7 orang ( rakyat 3+ 4, mak bapak 4 = 11 semua sekali).

semalam kami laki bini bersilat di dapur. sesekali masak juadah kegemaran masing2 bes juga. tengah sebok merancang nak masak apa, along pula buat permintaan nasi tomato. yang tu bf amik tender. bf masak 2 jenis kuih yg dikukus. entah kuih apa namanya tak tahulah. diadaptasi dari resepi korea katanya. tu ler asik tengok channel 11 (astro - travel & living) minat pulak dia nak mereka cipta resepi. selain tu bf masak ikan bakar berempah dan buat air soya. nasi tomato bf lembik sedikit tapi masih dikira ok. aku dah pesan supaya jgn letak air byk sgt sbb dah ada minyak sapi dalam beras. aku plak masak lokan masak lemak cili api, baby sawi oyster, kari daging, kerabu mangga, air asam sg congkak dan mi rebus. menu kami semalam cacamarba. (lupe ler tu mangsa bencana alam di palestin dan beberapa tempat lain yang kebuluran)

sementera kitorang memasak rakyatku 3 beradik sibuk pulak bergaduh. fenin2. sepanjang bulan puasa ni along cepat betul barannya dengan karenah adik2. jenuh aku tenangkan. dia kena banyak2 bersabar, pahala puasa akan dipotong kalau asik nak marah aje. bulan puasa ni juga ketiga2 rakyatku kuat merajuk kalau kehendak masing2 tak dituruti. bab tu kami pula kena banyak2 bersabar.

sesungguhnya sepanjang 12 hari berpuasa (setakat semalam) pelbagai perkara menguji kesabaranku.

3 comments:

zino said...

dapat berbuka beramai2 terasa meriah nya.. tambah lagi ada juadah feberet.. hehe

Zareda Norman said...

wiken memang meriah, selamat tak payah masak berbanyak.. sabtu zar berbuka umah abang, ahad berbuka umah makcik hubby

zino said...

selamat berpuasa utk hari ke 14..