Monday, November 29

sabtu dan ahad yang lepas merupakan minggu yang sebok bagi kami seisi keluarga. hari sabtu kakakku buat open house. walaupun aku tak terlibat apa2 tapi rumahku dijadikan persinggahan kaum kerabat. aku kerumah kakak sebelah petang sesudah kepulangan bpren dari bertugas. banyak kali kakak call ajak datang awal, aku tetap kena tunggu bpren balik. ialah aku sorang mana bleh handle anak daraku yang tengah melasak tu.

balik beraya rumah kakak, kitorang bergegas ke kajang nak bersihkan rumah sana pula. sejak rumah tu siap belum pernah dibersihkan lagi. habuk dan debu kian menebal. kami tak pernah singgah lama paling lama pun tak sampai sejam. sebelum ni tak terniat nak membersihkan rumah tu, niat nak jual adalah. lawatan terakhir kitorang dibulan puasa dulu, ada air bertakung dalam bilik tidur utama mengakibatkan separuh lantai pakir tercabut. ishhh mana pulak datang air2 tu? tingkap jauh.. paip air utama sentiasa ditutup kecuali jika mahu digunakan. mmm pelik!!

kitorang bersihkan semua ruang kecuali bilik tidur utama dan bilik airnya sementara menantikan orang maintenance datang memeriksa. danny yang dinanti tak kunjung tiba, ada tugasan katanya. tak pelah besok kami datang lagi.

~ ahad ~

lepas bfast kami lepak sambil menantikan keputusan 'janggut' nak memasang meter letrik. haaa tengok!! tak berminat nak duduk hinggakan meter letrik pun tak dipasang. tengahari masih tak dapat dihubungi.

tengahari - nilai, anak kawan bpren bersanding. menyaksikan sepasang pengantin bisu bersanding dengan sepersalinan songket hijau sungguh bergaya.

rumah kawan bpren ni terletak hanya beberapa km dari nilai 3, tempat soping yang baru diujudkan. tak ramai orang. seronoknya cuci mata. kami tak singgah kedai kain tapi lebih berminat membelek perabot kayu jati. nak letak rumah mana yer? akhirnya memilih lampu gaselin kayu. cadangan nak letak di beranda rumah.

semasa lepak2 menunggu orang wiring meter letrik, tiba2 aku terdengar deruan pancutan air di dalam bilik. menderau sekejap darahku. mahluk manakah yang buat kerja tu?? bergegas aku masuk. ooohooo patutlah lantai bilikku sentiasa basah.. rupa2nya saluran paip rumah atas sudah bocor. setiap kali dia bukak paip air di singki bilik mandinya, air akan keluar ikut saluran bocor tu. bpren bergegas ke tingkat atas mahu kepastian. tak de siapa buka pintu, tuannya tengah sembahyang kut.

proses pasang meter dan lampu utama diruang tamu sudah selesai. lepas ni bleh tambah sikit2 peralatan lain. lampu beranda tak sempat nak pasang, dah kesuntukan masa. walaupun kami tak duduk sepenuh masa di rumah tu, kelengkapan asas perlu ada untuk keselesaan sepanjang penginapan. lepas ni nak pasang sliding door dan mengangkut barang2 tak dipakai untuk storage.

nak disewakan rasa sayang lagi pun ada banyak rumah kosong lain terpampang stiker untuk disewakan. nak dijual harga tak sebagus mana tambahan rumah sedang berceracak naik dipersekitaran tempat kami. walaupun berdekatan dengan hiway, pusingan lebihkurang 5km dari bandar kajang sebelum menuju ke rumah mematikan semangat orang nak duduk situ. buang duit minyak aje.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hari sabtu talipon along. ada ker dia mintak disekolahkan di sana. amboiiii banyak cantik!!! seronok ler tu duduk sanaaaaaa. memang ler seronok duduk sana... atuk nenek bukan kisah sangat nak buat apa. pastu demand nak balik kl naik keretapi dan akan balik cuti krismas nanti. lama tuuuuu...

dia tak rindu kat umi abah dan adik2 dia ker hah?? bila nampak gerai nasi lemak ingat along. nasi lemak memang pebret dia.

tak bleh jadi nih..!! kena amik dia jugak. kelas tuisen, mengaji dah banyak tertinggal.

Thursday, November 25

~ along tak moh balik kl ~

Melor 
<br />Diary
along ngan sepupu2nya kat ruang tamu di kg

sepanjang cuti sekolah ni along akan berada di Pasir Mas, kg halaman atuk neneknya. memula dulu along cadang nak tinggal di Sg Besar. aku tak benarkan maklumlah atuk sana tu jarang ada kat rumah. ke kebun ke sawah, jumpa kawan2. rumah jauh2, kawan sebaya along mana ada. aku cadangkan dia dok pasir mas sementelaah mak uda dan sepupunya ada di sana sampai buka sekolah nanti.

dua tiga hari pertama, along kerap tanya bila nak datang jemput dia. boring ler tu. atuk nenek belum bukak kedai jadi dorang belum stat meniaga lagi. semalam, masa talipon, ayat pertama yang keluar dari mulut along "along tak jadi baliklah.. along nak tolong atuk kat kedai." pulak dah.

malam tadi talipon along lagi sekali. kali ni pasang speaker sekali biar adik2nya dapat dengar. dengan nada bergurau bercampur rindu acik menyakat along "tumbuk kang.. hehee"

Wednesday, November 24

selsema belum baik lagi. ubat dah habis. aku ni jenis tak suka jumpa dr. ubat yang aku makan tu stok selsema ari tu. badan rasa tak bermaya. tapi kalu suh soping tentu sehat dan kuat tiba2.

opis sunyi sepi. boringnya keadaan gini. bos bercuti ke cina, lillian mc. yang lelain tak tau mana. kertas2 atas meja ni maleh betul nak diusik.

hari ni hari jadi bpren. nak bagi apa yer? dah bagi advance 2 helai tiset sebelum raya. tak penah aku bagi tiset semahal tu pada sesiapa.

semalam pegi melawat zar kat HUKM. katanya belum tahu lagi akan dibedah atau tidak bergantung pada keputusan hasil pemeriksaan dr nanti. semalam jumpa wan/ep dan langsat lagi. tak sangka rupanya langsat bertugas di HUKM juga. bleh melawat hari2 kalu gitu. semoga zar akan terus sehat lepas ni..

Tuesday, November 23

~ semalam hari Isnin ~

tercuti. saja amik cuti. lagi pun badan tak berapa sehat.

pagi sampai tengahari aku mengemaskan rumah. tetiba rasa nak ubah kedudukan perabot. aku buat kerja sorang2. tukar posisi sofa, tukar posisi rak tv. tolak tarik tolak tarik. tikar sesuai taruk mana haaa? pastu teringin nak menyusun kedudukan dalam bilik tidur pula. almari ngan katil tak larat nak tolak. susuh atur tempat tv jadilah.

tengahari, belum habis mengemas bpren balik bertanyakan rendangnya. esehhh belum buat laaa. nasib baik bahan2nya dah disediakan tinggal nak masak aje. nasi impit pun baru nak rebus masa tu. lantaklah sape suruh tak bagi notis awal2 nak bawak gi opis.

petang, badan tak sehat macam ni elok tidur kann. kain baju yang bertimbun ku angkut ke bilik depan sambil menonton cd puteri gunung ledang berbekalkan segelas air ribena ngan sebalang mini popia. aku tak pernah ada peluang nak duduk2 rehat sambil menonton cd dari mula sampai akhir cerita. ada aje benda nak buat.

malam, orang lain semua dah tidur. aku masih lagi dengan kerja rumah yang tak pernah berkesudahan.
~ Raya ~
diam tak diam sudah 10 hari kita merayakan Idul fitri yang mulia ini. begitu cepat masa berlalu. macam mana sambutan korang?

raya pertama dan raya ke 2 sambut di kg halamanku; di Sungai Besar. petang raya ke 2 balik kl untuk haluan seterusnya.

hari pertama di pasir mas sungguh memboringkan. apa tak nya.. mak mertua dan adik ipar sekeluarga tak sehat. adik ipar sekeluarga terkena campak.

paling seronok, pak mertua sanggup mengorbankan 2 ekor ayam kg dan 2 ekor ayam hutan peliharaannya untuk santapan seisi keluarga... pertama kali aku makan ayam hutan yang enak lagi berperisa. dan yang seronok juga, 2 hari berturut2 mak mertua buatkan nasi dagang atas permintaan menantu dia ni. kitorang pulun sampai muakkk.. kat kl ni tak de dah nasi dagang yang berperisa cam mak mertua buat.

open house kat sana kebanyakannya menghidangkan laksam kelantan. kalu ada yang pernah bekerja atau belajar di luar kelantan akan terhidanglah roti jala atau hidangan lain. masa aku beraya kat PM 2 tahun dulu, hanya dihidangkan ngan tapai atau ketupat palas berinti kacang dan teh o panas aje. tak de suasana raya langsung. kalu setakat ketupat palas berinti kacang, ada banyak jual kat pasar pasir mas pada hari biasa, tak payah tunggu hari raya. dorang tak reti nak hidang air ais yang berwarna warni dan beraneka perisa.

hari ke 3 aku menjengok ke pasar PM. terpegun sekejap. bukan apa... dorang pergi pasar cam nak pegi kenduri kawen atau nak gi beraya. berbaju kurung anggun dan berhandbag. takkan semua orang pegi atau balik beraya kut??. yang pakai seluar panjang dan agak berserabai macam aku adalah beberapa kerat.

mak mertua selalu bagi tau kekawan dia, menantu dia yang sorang ni tak reti cakap kelantan. mana tau tetiba dorang nak beramah mesra ngan aku plak.. mau ada yang ternganga sampai masuk lalat nanti. kuih akok baru sekarang aku reti makan. punyalah enak, menyesal tak makan dari dulu.

Monday, November 8

lagi beberapa hari umat islam berpuasa sebelum menjelangnya syawal yang dinanti2kan. persiapan anak2 sudah selesai. pada awalnya mahu mengecat rumah memandangkan dinding rumah dah dipenuhi dengan lukisan2 indah menawan hasil nukilan anak2. bpren tak setuju, nanti kena pindah lagi. rasa nak cat sendiri aje, kita nak menyambut tetamu rumah kenalah berseri sikit. aku hanya buat apa yang termampu dek kuderatku. bab2 mengemas dan bersih membersih tu bolehlah ku lakukan sendiri.

hari ni menerima sehelai tudung dari seorang teman. terima kasih diucapkan. barangkali hadiah harijadi yang mendatang. aku belum beli tudung lagi sebenarnya. tudung2 yang ada tak dapat nak disesuaikan dengan baju sebab warnanya terlalu berlainan. bab2 tudung aku tak kisah sangat dan aku bukan jenis yang cerewet. terima kasih sekali lagi pada temanku.

hari jumaat nanti kami, staff MB kena amik cuti. company tutup kedai. opis akan dibuka semua pada hari rabu. kebanyakan staff melayu bercuti seminggu. aku stat kerja balik pada 22 nanti. bpren bekerja lagi hari sabtu, jadi kami pulang agak lewat sedikit. kakak belum tahu lagi nak balik atau tidak. dia risaukan kedai runcitnya. nampak gayanya mak bertungkus lumus sorang2 menyediakan juadah raya nanti. ayah selalunya membantu sikit2 apa yang perlu.

mak tak buat kuih beberapa tahun kebelakangan ni. selalunya kami anak2nya dan sepupu2ku membawa sorang sikit. mak dah pesan mintak dibelikan kek lapis gulung kegemarannya. duit raya mak dah di bank in awal2. biarlah dia buat persiapan seadanya dengan duit tu. baju raya mak ayah dah dibelikan beberapa bulan dulu. belum raya dah dipakai, tak sabar agaknya nak pakai baju pemberian anaknya.

kami beraya di kg halamanku sampai petang raya ke 2 sebelum pulang ke kl semua. pagi raya ke 3 berangkat pulang ke pasir mas melalui lebuhraya baru. cadangan awal mahu bermalam di terengganu semalaman sebelum meneruskan perjalanan. bpren dah booking, entah apa nama tempat tu. anak2 dah tak sabar nak mandi pantai.

dah pesan kat bpren, baraan tahun ni biarlah sepupuku habiskan, jadilah ada masa tuk kami beraya ke semua rumah saudara mara. rumah saudara mara bukannya dekat2. tak sabar mahu ke rumah Julak, abang sulung ayah yang tengah uzur sekarang ni.

halal jakim

www.halaljakim.gov.my

kalau masih ragu2 bleh contact no2 ni untuk pertanyaan
1) Pn Siti Aminah Ramli - 03-8886 4150
2) Pn Noraini Hamzah - 03-8886 4854
3) En Fakruddin - 03-8886 4148
~ jawapan tag ~

zhoulsz: salam aidilfitri dari saya.
salam aidilfitri zul. raya ni akak balik PM tau!! nanti datang rumah yer
zar: melu. kita deliver kuih muih hari ni ek.. kol 10 am
hehee dah dapat pun... tq taun depan bleh ode lagi
kel@mbu: teringin nk buat umah ala2 chalet...
melor pun teringin rumah gitu... jum kita share buat chalet nak?? hehee
the7asmann: apa la yg kite nyakat ye akak?hehe...
7as, heheee
zino: melur; boleh masuk ke rumah tu.. lepas soping boleh rehat dalam tu.. hehe
zino, tak penah nampak orang masuk laa.. tak de tulis sign tak bleh masuk pun. tapi dalam rumah tu ada kipas siling tau..
Lan: rumah tu best tapi kalo ade kat tgh2 bandar camne?
lan, cam rumah2 di kg baru.. tentu bes sbb masih mengekalkan ciri2 lama.
zar: habis dah ke sopping? jom pi sogo plak..
dah pegi sogo, beli sorang selai aje zar.. ingat nak menyusur TAR lepas ni..
-atie-: eh.. da tukau template... hehe... salam ramadhan! selamat berpuasa...
atie, tukar angin laaa... nak cari yang simple dan menyenangkan

Friday, November 5

~ rumah kg di centre court, mid valley ~

Melor 
<br />Diary
kalau dapat rumah gini kan bes.. dengan halaman merimbun..

Melor 
<br />Diary
motor vespa atuk parking depan rumah...

Melor 
<br />Diary
pemandangan dari depan.. awek tu nak tumpang interprem sekejap

Thursday, November 4

~ letihnya kaki jjcm ~

tadi jam 11.00am ke jaya jusco nak tukar tiset acik angah yang dibeli 2 hari lepas. semalam cuba di rumah, tak muat rupanya.. padahal itulah saiz paling besar. susahnya nak cari tiset ala2 feminin untuk anak dara tu. sais yang ada kecik2 dan tak bersesuaian.

12.30pm, arsue call ajak window shopping kat metrojaya. cadangan awalku nak melelapkan mata barang seminit dua. kacau laaa dia ni!!

mula2 aku, sue dan zura ke metrojaya. dari satu tingkat ke satu tingkat kami survey. lepas tu ke jaya jusco. agaknya kalau salesgil perasan tentu dia berkata2 "orang baju biru ni tak reti2 balik ker? dari pagi dah nampak dia"

kalau dah berkawan window soping tentulah seronok membelek dan memberi komen. gitulah yang berlaku tadi.

sekarang, di centre court mid valley ada rumah ala2 tradisional dikelilingi oleh rimbunan pokok cantik menghijau. sejuk mata memandang persis rumah idaman. ada persembahan gamelan. esok nak pegi lagi nak amik gambar dan esok juga rakyat MB mendapat suntikan vitamin B. lagi panjang la langkah kitorang...

Wednesday, November 3

~ gaun ~

setelah 3 hari berturut2 dok survey gaun kat metrojaya, akhirnya terbeli juga sepasang gaun untuk anak dara. gaun yang ada tu dah sempit dah macam sarung nangka kalau dipakai. gaun bersmocking hasil nukilan Lillian, teman seoffice cukup suka dipakai. masing2 perasan cantik macam pengantin.

paling mengharukan, acik masih nak pakai baju sempit tu pagi tadi. tak pelah demi anak2 ku korbankan uwang membeli sorang sepasang lagi. harap2 muat baju yang baru dibeli, maklumlah tadi mengukur pakai tangan aje.

nak buat gaun smocking, kosnya agak mahal. potong kain, upah pleatting, jahit smocking, jahit balik ikut fesyen.. semua upah berlainan. kos upah sepasang baju mencecah ratus mengikut saiz baju. kalau pandai jahit sendiri jimat belanja. ramai geng di hq dah pandai menjahit smocking hasil tunjuk ajar Lillian. aku tak brape rajin nak buat sebab memerlukan penumpuan. gaun sebelum ni pun hampir setahun baru siap. last2 upah kawan siapkan jahitan smocking.


Tuesday, November 2

~ pengumuman ~

Minta ampun minta maaf teman2 semua.. rempeyek yang dihajati tidak dapat dipenuhi dek kerana terlalu banyak permintaan.

maka raya tahun ni, tak de rempeyek dan maruku sebagai juadah.

Sekian, harap maklum.

Monday, November 1

sabtu

pagi - seperti biasa mengemas rumah. hari ni ada extra tenaga lagi jadi banyak kerja2 tambahan dilakukan. mula2 bersihkan tingkap dapur pastu bersihkan tingkap depan dan dalam bilik. tetiba terlintas dihati nak mengganti langsir yang dah setahun tergantung ditingkap. betullahhh... nasib baik ada raya kalau tidak entah sampai bila tak berganti langsir tu. ku gantikan ngan langsir 2 tahun lepas yang masih cantik dan elok lagi. cuma tak gantung lining, entah dimana menyimpan lupa pula. langsir baru dah beli, tapi bila dah pasang langsir yangku jahit sendiri tu rasa menyesal pulak beli.. terasa membazir padahal yang lama masih cantik menawan.

petang - disebabkan tadi tak bersahur; tengah azan subuh baru terjaga, along berkali2 mahu berbuka. tak tahan katanya. berpuluh2 kali buka peti ais mencari2 makanan. paling tidak merengek air seteguk. namun bila aku berjanji nak bawa soping petang terus tersenyum lebar tak jadi nak berbuka awal.

haluan seterusnya ke sogo. ramainya umat membeli belah. cadang nak berbuka di cafe sebelah pertama. ahhh tahun lepas tak ramai orang, jadi tak payahlah booking dulu. pilih2 punya pilih akhirnya membeli blaus untuk anak dara dan sehelai tiset untuk along. tak nampak pilihan yang ada dek terlalu ramai orang. lagi 20 minit waktu berbuka kami ke cafe yang diinginkan. aisehhh!! silap percaturan laa.. orang dah memenuhi setiap tempat duduk. yang beratur mengambil makanan pun panjang. kami kemudian ke cafe belakang cawangan yang sama tapi bukan bufet lah yang itu. pun penuh. akhirnya memilih meja dibawah cahaya suram. makanan tak menyelerakan sekadar mengambil nasi ayam untuk along. bpren hanya minum air dan sebiji kurma.

sebelum pulang kami singgah dibazar menjual baju raya. dapat la sepasang baju melayu untuk along dan bpren. baju melayu 2 tahun lepas dah tak muat maklumlah masing2 dah membesar.

ahad

pagi - pasar pantai dalam aje. itu pun bukan pasar tapi mini market. beli terubuk 2 ekor yang sederhana besar, ikan jenahak, 3 potong tenggiri & sotong semua sekali berjumlah RM51++. terbeliak bijik mataku tika membayar. kalau soping di pasar pj tak lah semahal tu.

petang - ke rumah adik ipar di klang bersama lauk2 mentah yang dibeli pagi tadi. bpren ghindu nak makan masakan adiknya.